Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Laksa Cina, resepi dan cara masak

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Laksa Cina, resepi dan cara masak

Salam bahagia,

Baru saja pulang dari perjalanan-yang-jauh-tapi-masa-yang-singkat. Jadi, kepala masih berpinar-pinar, kalau ikutkan rasa memang nak baring je tidur.

Ok kita layan terus menu masakan sendiri dari rumah yang masih baru dalam diari hidup saya, Laksa Cina. Emak saya yang perkenalkan dan masakkan dua minggu sudah, jamu kami sefamili ni makan. 2 -3 kali top-up jugaklah. hoho ~ Serius, sangat sedap :)

Dan minggu lepas, saya mencuba memasak laksa cina ini sendiri, alhamdulillah menjadi. Sukeeee… :) tepuk tangan untuk diri sendiri.

Gambar dicuri dari koleksi #Instagram sendiri. :p

Mengapa namanya Laksa Cina? Mak saya kata, orang Cina makan laksa macam ni. Kuahnya macam biasa, kuah ikan tapi bersantan. Dan yang lebih ori, ada air kerang sekali. Yang mak saya masak first time hari tu tak letak kerang pun, cuma udang dan fishball sahaja. Yang kali kedua tu pun, tak letak kerang maupun udang, hanya fishball sebab mak baru lepas operate, tak boleh makan seafood yang menggatalkan ni. Yang penting…. maintain sodappp… pehhh~

 

 

Bahan-bahan Laksa Cina

Laksa kering/basah

6-7 ekor ikan sardin/selar/kembung/kayu

Bawang besar 3-4 biji

Bawang putih – 3 ulas

Cili kering – 5 – 6 batang

Serai

Bunga kantan – optional

Santan – sepaket @ setengah biji

Sepaket fishball – boleh biar seketul² atau dibelah dua

Udang, kerang – optional

Sedikit minyak

Taugeh segar – siramkan dgn air panas saja, biar ia rangup

Daun kesum @ cenohom – dicincang

Timun – dicincang/dihiris

 

Sambal

Cili dikisar bersama-sama sedikit belacan, diperisakan sedikit dengan garam dan gula.

 

Cara-cara memasak Laksa Cina

1. Rebus ikan, kisarkan isinya. Air rebusan jangan dibuang.

2. Kisar bawang² + serai + cili kering. Tumiskan dengan minyak panas hingga naik bau.

3. Masukkan air rebusan ikan. Tambahkan air lagi jika perlu.

4. Masukkan isi ikan yang dah direbus.

5. Masukkan fishball, udang/kerang.

6. Tunggu kuah mendidih, perlahankan api, masukkan santan. Hati-hati jangan smapai pecah santan. Selesai, tutup api, hidangkan bersama-sama laksa yang telah direbus bersama-sama   sayur²an/ulam²an dan sambal.

 

Laksa Cina ini saling tak tumpah juga dengan Laksa Johor, bezanya Laksa Cina tak perlu letak rempah. Fuhhh, dapat laksa ni tak mandang nasi dah. Sampai ke esoknya pun masih makan baki laksa yang masih ada. :) Taip entri ni pun, terusss rasa laparrr…. Ada sesiapa nak tolong masakkan ke? :p

Sekian.. Selamat mencuba.

Incoming search terms:

 

25 Responses

  1. titan says:

    hoho..bak sikit..leh? hantar ke banting.

  2. puanbee says:

    sedap nampaknya , nanti nak try laa

  3. akubiomed says:

    Menarik. Belum pernah merasai Laksa Cina.

  4. cik tom says:

    xsangka plk ada laksa cina..nmpk meriah+menyelerakan..

  5. donnyien says:

    saya suka makan laksa sarawak sedap! hehe

  6. Ummi Hanie says:

    sama2, silakan mencuba ye Arrazi. tak susah pun ;)

  7. izan ishak says:

    sedapnya hanie! baru tahu resepi laksa cina. nanti lepas bby setahun bolehlah k.izan cuba buat nih.

  8. iEyLa says:

    cam xpenah rse je kak..
    anta sni sket kak…

  9. Denaihati says:

    buat terliur ditengah malam ni. nak kena cari nanti ni…he he

  10. Ummi Hanie says:

    Thanx kklong, yup mmg mudah saje memasaknya

    Menu hujung minggu mmg ideal. Jemu asyik mkn nasi saja kan

  11. Ummi Hanie says:

    hye Nasha Comel, terima kasih sudi melawat dan membaca :)

    sy visit balik ye..

  12. Affiliate Malaysia says:

    Terus terang saya kater… blog nie .. memang terbaikklahhh :)

  13. sedapnyeee..teringin nak try nti..

    jemput singgah blog sy :)

  14. norzuryati says:

    sedapppnyeee…
    nk kene try ni..

    jemput ke blog saye..

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

    Moga bermanfaat :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *