Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Lahir sudah anakanda ke – 6

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Lahir sudah anakanda ke – 6

Salam dan Hi,

Macam percaya tak percaya je angka bilangan anak sudah 6. Sempat juga tu di umur hujung 2-series ni. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmatNya. Alhamdulillah.

Lebih 2 minggu saya ‘berhibernasi’ dari dunia blog, tapi bukan bermakna saya lenyap terus. Saya dah baca komen² kalian di entri² sebelum ini, cuma belum sempat memberi jawapan balas serta berkunjung semula ke blog kalian. Mood belum mari…. Maaf.

Entri ini ringkas sahaja, memperkenalkan ‘hadiah dari syurga’ yang baru menjangkau usia 14 hari pada hari ini, 15 November 2013.

MUHAMMAD MUAADZ

Berat ketika lahir: 3.3kg, Panjang: 45cm

Tarikh/jam dilahirkan: 29/10/2013 @ 9:43PM

Lokasi: Dewan bersalin Muslimah, Permatang Pauh

TERIMA KASIH diucapkan buat kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga termasuklah kalian pelawat/pembaca blog yang mendoakan keselamatan saya dan baby…. Setinggi-tinggi terima kasih tentulah buat encik hubby yang banyak berkorban masa, tenaga dan wang… Juga anak-anak yang setia menanti sampai demam² lagi…

InsyaAllah, coretan kelahiran anakanda ke-6 ni akan menyusul nanti. Saya nak share bukan apa, sepanjang menanti detik kelahiran Muaadz ni, banyak kisah/perkongsian pengalaman yang saya baca hasil menggoogle dari smartphone saya sahaja. Kebanyakannya memberi motivasi untuk berfikiran positif dalam menempuh saat² ‘berjuang’ untuk melahirkan seorang bayi. Pengalaman saya biasa² saja, yang penting ibu dan bayi sudah selamat dan sihat… :)

Incoming search terms:

 

17 Responses

  1. Denaihati says:

    Alhamdulillah dan tahniah bertambah ahli keluarga. muda-muda dah ada 6 cahaya mata memang terbaiklah…

  2. seri.selaseh says:

    Tahniah. Anugerah Allah jgn disia-siakan.

  3. hafizmd says:

    tahniah kak ummi…dah 6…jauh lagi nak kejar ni… =)

    moga bertambah bahgia dan murah rezki..ameen

    p/s-akak mmg tinggal kat permatang pauh ke?

    • Ummi Hanie says:

      Trima kasih hafiz. Syukur alhmdllh rezeki Allah… Tak penah imagine ada anak 6 pd umur begini

      Hafiz dah brapa org anak ye? Meh sy teka… 2?

      Owh tak, sy tinggal di Nibong Tebal… Nk ke Prmtg Pauh tu taklah jauh sgt.. Knapa? Kampung di situ ke?

  4. hafizmd says:

    haaa lupa nak cakap satu lagi…hehehe

    banner tu, kena tambah baby muaadz ni =)

  5. yanmie says:

    Alhamdulillah tahniah Nis, comelnya Baby Muaadz, nanti post lagi pasal dia, pengalaman bersalin ke…nak baca hehehee

  6. akubiomed says:

    Tanniah dapat bayi lelaki yang comel.

  7. Farid Adam says:

    Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah dah berikan ni. Tahniah ye!

    P.s. Profile description dah kena tukar tu. Hehe

  8. ciklaili.com says:

    comelnya baby Muaadz..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *