Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Lagi-lagi Kueytiow Kungfu

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Lagi-lagi Kueytiow Kungfu

Kali pertama mencuba menu Kueytiow Kungfu di sebuah restoran Thai kegemaran kami sekeluarga, dalam 2 tahun sudah jika tak silap perkiraan saya.

Walaupun di restoran Thai, tapi ini adalah menu masakan cina.

Ok. Kueytiow Kungfu. Cubaan pertama, mula jatuh cinta. Cinta pandang pertama gitu.

Mulalah order menu yang sama setiap kali ke restoran tersebut atau restoran² lain juga.

Saya peminat kueytiow. Sebenarnya apa-apa menu berasaskan kueytiow, memang saya susah nak tolak. Lebih-lebih lagi Kueytiow Kungfu ni. Siapalaaah yang mencipta menu sedap ni yer.

kuey tiow kungfu

Ini kueytiow kungfu versi restoran fevret kami. Complete set dengan air bandung cincau lagi. Perghhhh….

kueytiow kungfu

Yang ini pula versi restoran satu lagi. Hampir² fevret jugalah. Kat sini ada air nenas bandung. Sedap ooo~

Susah juga nak bandingkan, kueytiow kungfu restoran mana lagi sedap.

Apa yang sedap dan best sangat menu ni?

Susah juga nak bercerita dengan kata-kata. Kena rasa sendiri baru tahu. hihihi

Ok ginilah. Specialnya menu ni sebab kueytiow tu disalut telur dan terendam dalam kuahnya yang pekat dan sedap.

Nak-nak terkunyah sotong sekali. Heavennnn.

Kombinasi sayur-sayurannya pun memang ngam.

Alang-alang dah bercerita pasal menu ni, moh le intai resepinya pula yang dicedok dari FB Chef Arm

Resepi Kueytiow Kungfu

Bahan A

400 gm kuey teow

5 biji telur [ dipukul]

Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

 

Hmm… taklah susah mana sangat kot. InsyaAllah berazam nak masak sendiri nanti.

 

 

40 Responses

  1. Mohd Shubhi says:

    Wah! banyaknya telur, mungkin itu yang buat dia sedap dan istimewa!

  2. Fizon says:

    Faveret sy jugak ne. Terima kasih utk resepi ne

  3. Pondok Papan says:

    Emm tak pernah try lagi ni ha…resepi ada tu nanti leh la sy try..hehe

  4. suri says:

    kalau bab berkuah ini teman memang suka sebab boleh hirup kenyang sikit heee

  5. akubiomed says:

    Berkuah saya suka. Jangan lepas makan rasa hendak berkuntau sudahlah. :-)

  6. Raudzah says:

    Wah bestnya Ummi..kita cukup suka makan mee yang berkuah banyak..Bila makan selalunya mee aje tinggal..bahan-baahn lain semua dah habis..

    • Ummi Hanie says:

      oh gitu pesennya Radzah mkn mee ya… hihihi

    • Edoo says:

      I have no idea why they changed the name from Lan Zhou to Kungfu Ramen but it is not an iprsemsive change. It had two other names previously and the waitstaff still wear uniforms featuring the fourth oldest name.I’m still happy they are chasing away customers because it’s the best north-western halal Chinese in Sydney and I don’t want the secret getting out ;)

  7. Hanif says:

    Peminat kuew tiau juga…kikii

  8. zuls says:

    peminat juga ni.. nk kena cuba masak jugak ni.

  9. liza says:

    wah! macam sedap je.nk try la….tq share resepi.

  10. nza says:

    feveret akak jugak tu…TQSM 4 sharing…nnti bolehlah cuba resepi hanie…

  11. cik tom says:

    ketiauw kungfu fevret ciktom jgk..hehe..
    tp xpernah try buat sdiri..tgk resepi cam mudah je..
    bila2 rajin boleh try..hee

  12. ohcikgu says:

    terus boleh berkungfu la lepas ni ye..

  13. eray says:

    sedapnya
    resepi cam senang
    nak try buat lah

  14. nanti nak try lah!! :p

  15. Norasikin says:

    mi kungfu ni sama dengan mi hong kong. Kat restoran masakan thai mesti ada tambah fish sauce.

  16. puan kutu says:

    sedap..peberet gak ni..selalu jugak buat sendiri klu terasa nk mkn..sbb mkn kt kedai kadang tak sedap pun..lainlah hanie,ada fav restaurant..:)

  17. tengok gambar yg kedua tu, dah meleleh air liur…
    wah nanti boleh cuba resepi kak ummi hanie.. tqvm..

  18. hafizmd says:

    Kacau2….baru nk ngtuk..tgk kungfu..rase lpar pulaj dah…ni kedai kat mane sis?

  19. Bahrain says:

    Sekali makan pasti nak lagi. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *