Lagi artis-artis dapat hidayah : Al-Mawlid & klip video Cahaya Seluruh Alam

 

Salam Jumaat yang berbahagia lagi mulia …

Alhamdulillah , syukur …. kedengaran ramai artis mendapat hidayah hari demi hari . Yang dulunye seksi-meksi , sekarang dah bertudung . Yang dulunya menyanyi/membikin muzik hip-hop , soul …. kini sudah menyanyi nasyid !

 

Siapa tak kenal dengan kumpulan Ruffedge , V.E dan Innuendo ? Saya minat gak laa beberapa lagu depa zaman dolu² tuuu …. tapi bile depa dah transform jadi kumpulan nasyid ni , lagiiiilah suka ~

 

Yang paling terkenal antara depa semua ni Lah (dari kumpulan V.E) dan Azan (kump. Ruffedge) . Memang terkejut jugalah saya tengok perubahan depa yg agak drastik ni ! Bayangkan dulu dok berhip-hop , berjiwang-jiwang … sekarang dah mengalunkan nasyid puji²an kepada Allah dan RasulNya.

 

Tahniah ! Semoga perubahan ini berkekalanlah ke akhir hayat … amin ~

 

LIMA jejaka ini bukanlah asing dalam dunia hiburan tanah air. Pernah menyemarakkan dunia muzik melalui genre hip hop dan R&B – Amer, Lah, Pot, Azan dan Zaf kini menemui cinta baru melalui kumpulan Al Mawlid. Istimewa sempena Aidilfitri, XY – Ikon Lelaki berkongsi hijrah diri jejaka berlima ini dalam mengejar Nur Illahi…

BUKAN gimik – sebaliknya inilah transformasi bekas anggota Ruffedge, VE dan Innuendo. Susuk diri berjubah serta berkopiah, terserlah gaya jejaka Muslim dalam diri Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Abdullah Ahmad (Lah VE), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Gabungan pemuda yang membentuk komuniti muzik dikenali sebagai Al Mawlid, mengundang perhatian lebih-lebih lagi lima jejaka itu pernah mencipta fenomena dalam showbiz tempatan. Melalui hijrah itu, Al Mawlid memperjuangkan lagu berbentuk dakwah dan puji-pujian ke atas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Indah bahasa serta santun kata, pertemuan yang diatur baru-baru ini secara tidak langsung membuka dimensi baru setiap personaliti anggota Al Mawlid. Tidak hipokrit dalam memburu keintiman pada Illahi, masing-masing penuh syukur dan merendah diri dalam menempuh fasa baru dalam hidup.

Menyingkap perkembangan terbaru yang mencetuskan dimensi komuniti vokal Al Mawlid, Amer Munawer berkata, beliau terlebih dulu memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberi kemudahan dan keizinan oleh-Nya untuk bersatu membentuk nama Al Mawlid.

Bagi Amer Munawer, jemputan stesen televisyen AlHijrah untuk mengadakan persembahan pada 7 Disember tahun lalu, dianggap penuh bermakna hingga akhirnya masing-masing sepakat memilih haluan dengan membawakan lagu-lagu berbentuk keislaman.

“Sebenarnya sudah lama keinginan itu timbul untuk mengalunkan lagu-lagu berentak sebegini. Walaupun bergerak solo terlebih dulu, peluang akhirnya diberikan oleh-Nya dengan kerjasama yang dibentuk bersama rakan-rakan lama.
“Syukur, laluan itu mudah hingga komuniti vokal Al Mawlid ini berjaya direalisasikan. Insya-Allah juga, kami merancang untuk melancarkan album kompilasi penuh Al Mawlid menjelang Syawal ini dengan memuatkan 10 lagu termasuk single solo setiap anggota Al Mawlid,” katanya mengenai album yang akan berunsurkan puji-pujian ke atas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Kata Amer Munawer – “JIKA kita lihat sekarang ini, kalau kita tampil dengan imej berkopiah atau bersembahyang atau wanita mula bertudung, semua ini dilihat sebagai pelik.

“Sedangkan dulu ini semua normal. Sayang sekali, benda yang baik sudah dilihat sebagai suatu keganjilan. Nyata, benarlah kata Rasulullah SAW, bagaimana Islam itu datang menerusi berdagang (asing), ia pulang juga secara asing.”

Kata Lah Ahmad – “ALHAMDULILLAH perubahan ini mendapat reaksi positif peminat sehingga ramai juga yang memberi sokongan. Peminat dan penyokong sendiri turut serta menyertai majlis agama di surau AU3.

Kata Pot – “ILMU yang kita peroleh tidak harus membuatkan kita menjadi sombong, sebaliknya haruslah dikongsi bersama. Ini kerana cara menghadapi ilmu itu sendiri berat, kadang-kala kita tidak boleh bawa melainkan dengan izin-Nya.

“Kalau kita lihat, ada yang mendapat manfaat ilmu begitu mudah, sedangkan kalau lima tahun belajar agama sekali pun belum tentu kita memahaminya melainkan dengan izin Allah SWT.”

Kata Azan Addin – “MENJADI impian kami untuk tampil dalam penggayaan jejaka Muslim. Tidak salah untuk bergaya, asalkan ada elemen jejaka Muslim walaupun cuma berkopiah. Bukankah itu juga sudah membezakan diri kita dengan jejaka lain?”

Kata Zaf – “APABILA mula menghadiri majlis agama ini, alhamdulillah dari situ hati ini begitu lentur dan lembut Insya-Allah. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain dan tidak sangka kami disatukan kembali dengan cara begini.”

~ Baca lebih lanjut di sini

 

al-mawlidTiada yang mustahil di alam dunia ni …. Seronok sangat baca cerita² artis dapat hidayah macam ni . Semoga leboh ramai lagi yang bakal menyusul selepas ini .

 

 

 

Jom layan klip video nasyid harmoni  mereka bertajuk ; “Cahaya Seluruh Alam” .

 

Incoming search terms:

18 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *