‘Kuasa’ aura tangan seorang wanita

Aduhai entah kenapa hilang fokus pula beberapa hari ini , maksud saya dalam penghasilan entri blog . Ahahaha ~ saya bukannya tak online – Facebook , emel , balas komen , baca entri kengkawan , tinggalkan komen ,  etc … Cuma stuck tang nak publish entri saje sebab dok ralit dengan yang lain² tu . Dok dahulukan yang lain jer sampai mengabaikan blog sendiri . Baik tak saya ni ? Ahakss :p

Oleh kerana itu saya terpaksa C & P juga salah satu notes dari Facebook yang menarik hati saya … dan mungkin anda juga yang mana bergelar wanita ;) Jom hayati … Kuasa aura tangan seorang wanita !

Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang. InsyaAllah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan.

Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg ‘kecik’2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun,kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.(ada rahsia tu).mb

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya.(ada rahsia tu)

APA RAHSIA NYA???

AURA TANGAN!!!

itulah rahsianya, aura tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ aura tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil ‘aura tangan ibu’. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 – 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka ‘kurang mendengar’ apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari ‘aura tangan’ (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut ‘kehendak sendiri’ namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari ‘restu siibu’ dlm hidupnya.

Percayalah. Walaupun tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ‘ aura air tangan’ yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik,berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada ‘aura’ nya, jika ‘aura’ itu sentiasa di belai oleh org lain.apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai… (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya… (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta ’sunarti’ buatkan air???. So bila masa kita dapat ‘belai aura’ suami agar dekat dgn kita??? Jadikalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa … apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagiseronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi… semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit…malu org tenguk…tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, … kita buat diakan, bukan dia yg buat kita. Pakaian dlm ini (maaf kena berterus terang sikit… tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita ‘menyorokkan’ aurat (bahagian sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh si isteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesin) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak…kenapa musti bagi org lain ‘menguruskannya’???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, “bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahkan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!.” Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, ‘bersama’ juga disitu, justeru ‘aura’ yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah ‘keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Kredit kepada page Rahsia Memasak Dengan Mudah . Jom Like reramai … :)

gambar selingan ...

Ini antara hasil air tangan Ummi Hanie yang tidaklah seberapa …

Boleh usha resepi Asam Pedas Ikan Pari ;)

So … amacam ?

Banyak ilmu dikorek dalam nota ini kan ? Alhamdulillah …. setakat ini urusan rumahtangga kami masih diuruskan sendirian berhad oleh kami laki bini sendiri … (Thanxxx alotzzz to my hubby yang sangat banyak membantu dalam menguruskan rumah) . Memang suami saya cukup tak berkenan nak bagi ‘orang luar’ masuk ke rumah , maksudnya untuk hal-hal rumahtangga ni lah.Saya bukannya apa,saya rasa macam saya perlukan sedikit bantuan dalam memastikan rumah sentiasa bersih dan kemas sebab saya ni mudah stress bila tengok rumah kelam-kelibut.Tapi sampai ke saat ini , masih belum ada sebarang pembantu pun … tengoklah kemudian nanti kalau rasa dah tak mampu sangat nak handle semua ;) .

Incoming search terms:

22 comments

  • dah dok rumah nih.. semua kerja buat sendiri…

    pakaian kecik2 tu pun kakyong sidai dlm rumah… ;)
    memang x sidai kat luor.. eh malu lah..
    masa belajar dulu.. sidai baju2 kecik dibalik kain batik… ;)

    • syamila

      kak yong…sama la kita….saya mmg sidai dlm bilik…gantung kt penyangkut baju yg bulat kecik tu…

      masa belajar dulu sepit pakaian dlm ditgh2… malu la org tengok…

      tp skrg ni ramai yg jemur pakaian dalam di depan rumah…dh la tu…sidai macam sidai kain…setiap saya pergi rumah rasa malu je tgk….tuan rumah biasa je…he3

    • alhmdllh kkyong …

      byk pahala sebenarnye wlupun skadar buat kerja2 rumah … larat xlarat jer …

      iyelah , ‘brg kecik2’ tu xsanggup rase nk sidai depan2 pagar kan … :p

  • saya mampu nak memasak tue..insya allah 5 hari keja 3 hari saya masak tapi kain baju tang menggosak tue..alahaiiiiiii.. membasuh tue insya allah saya yang buat

    • tahniah ilasaleh … semoga dpt diteruskn kerja2 itu dgn jayanya .. ;)

      yg mana xlarat sgt tu mcm iron baju , cube outsource org lain . di rumah sy , suami sy sanggup buat .. syukurr

  • alhamdulillah semua di buat sendiri tk pernah suruh org buatkan :)

  • setakat semua buat sendiri walaupun penat bekerja. harap2 tak perlu pakai pembantula walaupun nak tambah lg sorang ni. Hanie dah ada 5 org pun boleh buat. Akk ni baru nak masuk 3. hehe

    • alhmdllh ,tahniah kak nur … brkorban sikit kan .. ;)

      nk tmbh sorang lg ? tahniah once again ! bile due ?

      hanie ni sbb suami byk mmbantu .. klu tak,entahlah camane … stress giler kot :p

  • Ya, terkesan sungguh dengan kuasa aura isteri, memang diakui. Mana yang dapat saya bantu, saya bantu. Kasihan kat isteri penat menguruskan rumah.

  • nza

    Alhamdulillah, itulah ganjaran yg Allah berikan pd kita…memasak penuh kasih syg, yg xsedap jadi sedap ditekak anak n suami…setakat ni akak blm pernah ada pembantu n alhamdulillah sejak kawin xpernah miss masak sndiri kecuali masa dlm pntang mmg 100% suami yg uruskan………

  • Alhamdulillah… setakat ni masih mampu untuk uruskan semuanya dengan sendiri..

  • alhamdulillah sy pun buat sendiri hanie,klu tak buat sapa lg nak buat?maid pun takde.hehe..

    sy akan msk hari2..makan pakai semua sy buat.

    nasib baik en suami tak kerja opis.sbb sy paling mls nak iron baju.baju sendiri pun p keje kadang tak bergosok.haha..

    • bagus sgt le tu kutu … tahniahhh … byk pahala sebenanrnya kita isteri2 ni walaupun stakat buat kerje rumah …

      kutu lagilah,dgn kerja nyer , sempat juge lagi buat kerja rumah … terer2 ;)

  • Mekar

    Setakat ni boleh uruskan semua sendiri. maklum la anak xde lagi. Akan datang xtahu macamana.

    Bab menjemur pakaian dlm. Memang ketara nak2 kalu tengok rumah2 flat kt kl ni diaorg gantung ikut suka hati jer. tak pikir perasaan org lain..hehe

  • salam ummi hanie, setelah sekian lama barulah berkesempatan RMDM mengkomen kat sini. terima kasih atas sokongan adik pada RMDM. sehingga kini RMDM tetap meneruskan kempen “air tangan kita”..alhamdulillah sudah ada sedikit kemajuan pd kawan2 RMDM walau sekejap masa dulu RMDM menyepi kerana kekangan masa antara kerjaya dan keluarga..
    tahniah juga kerana ummi telah dapat menyampaikan banyak kebaikan di alam siber ni..perkongsian yg sgt2 bagus..akhir kata semoga berbahagia dan semoga silaturahim ini berkekalan..insyallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *