Kronologi Tanda Dua

Salam Jumaat yang diberkati, moga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah rahmatNya. Amin…

Kronologi tanda dua.

Apa itu “tanda dua” ?

Dek kerana tanda dua inilah saya terpaksa berulang-alik ke klinik membuat check up. Bulan ini baru start. Dan akan bersambung² episodnya sehingga ke bulan 10 atau 11 nanti.

Sudah boleh agak?

Ya, ramai juga yang semacam boleh meneka dalam entri musim anak² tidak sihat tempoh hari.

Bersempena hari Jumaat ini, saya umumkan juga berita baik ini… Penambahan ahli keluarga baru dalam keluarga kami dalam tahun ini juga insyaaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

Inilah tanda dua yang saya maksudkan;

alat uji kehamilan

Ini hasil test kit kehamilan yang pertama kali dibuat untuk kandungan ini. Nampak 2 garisan tapi salah satunya agak blur. Itu menimbulkan sedikit keraguan samada saya benar² hamil atau tidak. Oleh itu, test kit kedua diuji, makanya kedua² garisan memang terserlah dengan jelas. Ketika itu sudah 4 minggu hamil rasanya.

Seterusnya, kandungan sudah 3 bulan lebih, barulah pergi berjumpa doktor di klinik berhampiran. Scan perut dibuat, dan memang terbukti soheh ada janin di dalamnya. Subhanallah…. rezeki dariNya. :)

Dan kandungan sudah 18 minggu (4 bulan setengah), barulah saya menyerah diri ke klinik kerajaan untuk check-up bulanan setelah disaran oleh doktor di klinik yang buat scan perut tadi. Asalnya saya memang dah tak berapa rajin nak pergi klinik kerajaan ni. Sejak anak keempat hingga kelima memang tak jejak dah ke klinik kerajaan. Iyelah, anak² dah makin ramai, terasa sukar sedikit nak usung mereka ke klinik. Sudahnya kali ini terpaksa saya tinggalkan mereka dengan anak sulung sementara saya buat check up. Mujurlah lokasi klinik tak jauh sangat dari rumah.

Alhamdulillah, seperti kandungan² yang sebelumnya, yang kali ini juga tidak ada loya yang teruk dan muntah². Sekadar pening² biasa dan perubahan mood swing sahaja. Cuma saya   kerap mengalami pitam kerana darah cair (anemia).

Inilah kisah kronogi tanda dua… terciptalah buku merah lagi…

p.s: asalnya nak rahsiakan sampai dah deliver baby, baru nak cerita… tapi, tak mampu dibendung jua…. “buah tangan” balik Langkawi gamaknye. Haha… Ok, rahsia dah terbongkar :p

Incoming search terms:

24 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *