Kroket Mee Maggi

Salam ceria,

Lama tak post entri masak-memasak. Adakah saya sudah berhenti dari aktiviti memasak? Oh tidak sama sekali! Ya, tempoh berpantang sudah lama tamat, bahkan sebelum tamat pun saya sudah masuk dapur demi mengisi perut ahli keluarga dan perut sendiri.

Resepi² ringkas, mudah, cepat memang selalu jadi pilihan saya. Maklumlah, tak menang tangan uruskan keluarga, bisnes online lagi. Dan saya akui tak berapa gemar duduk di dapur lama-lama kerana tenaga saya banyak diperlukan untuk perkara-perkara lain juga. Saya tiada bibik. Hanya saya, suami dan anak-anak yang menguruskan hal rumahtangga sendiri. Syukurlah suami dan anak² jenis tidak cerewet bab makan² ni.

Okay menu masak-masak kali ini ialah Kroket Mee Maggi. Ia ringkas sahaja tapi menuntut saya untuk duduk lama sikit di dapur dek kerana proses penyediaannya. Tapi, hasilnya berbaloi kerana anak-anak semua sukakannya sehingga licin sepinggan dalam masa yang singkat.

Biasa dengar ke nama menu Kroket Mee Maggi ni? Ya, memang sah² Mee Maggi tu salah satu bahan utamanya.

close up

close up

 Jelas kelihatan tak untaian mee Maggi nye?

Sudah rupa BEGEDIL pun ada… bezanya ini berbentuk bujur

Resepi ni saya belajar di sebuah sekolah latihan kemahiran suatu ketika dahulu. Tapi boleh dikira dengan jari berapa kali je saya dah masak menu ni :p

Dan bahan² resepi asal agak banyak, saya menderhaka, buat yang mana ada je. Dah kemaruk nak makan kannn…

Bahan-bahannya;

Sepaket Mee Maggi perisa kari (boleh juga guna jenama lain)

100 gram Daging (dicincang)

50 gram Tepung Gandum

2 camca besar Susu Cair

1 biji kuning telur (dapat gred A lagi bagus)

4 biji bawang merah (didadu) – kalo takde pakai bawang besar je

2 biji bawang putih

2 biji cili merah (dipotong halus)

1/2 batang lobak merah (didadu)

1/2 camca teh lada putih (ditumbuk)

Sedikit daun sup/daun bawang (dipotong halus)

Secubit garam

Bawang goreng (optional)

1/2 cawan tepung berempah – tepung Magik pun boleh

Minyak masak

1 biji telur – untuk aktiviti menyalut sebelum digoreng

*Bahan yang font merah tu DICINCANG

kroket mee maggi

uhh… perut sendiri tiba² lapar >_<

Ya, sungguh ideal dicicah dengan Sos Cili. yum yummm~

Walaupun bahannya macam berjela, tapi penyediaannya taklah susah mana. InsyaAllah orang bujang pun boleh buatlah. Korang lagi senang, takde anak-pinak mengganggu. ;)

Cara penyediaan;

1. Rebus mee sehingga lembut. Tos dan keringkan sebentar.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.

3. Masukkan lada putih + Daging + Garam secukup rasa.

4. Masukkan lobak merah + tepung gandum + susu cair.

5. Masukkan mee yang dah dicelur + kuning telur + cili + daun sup/bawang.

6. Sudah gaul rata, tutup api dan gentel²kan adunan kira² seberat 40 gram. Bentukkan bujur², celup dalam telur + tepung berempah. Goreng.

* Kalau nak masukkan perencah Maggi Kari tu pun boleh. Suka hati masing²…

Dapatlah pujian dari anak-anak… Kembang setaman le hati sang ummi :D

kroket mee maggi

Ramai kan… sat je licin. Hilang penat ummi ^-^

U olzzz… jangan lupa mencuba memasak Kroket Mee Maggi ye!

Incoming search terms:

25 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *