Kos pembedahan pintasan jantung & cara memohon sumbangan perubatan di hospital swasta

Salam wbt dan Hi,

Lama benar ‘berhutang’ cerita selepas bypass (pembedahan pintasan jantung) emak saya pada Disember 2012.

Apapun, kesihatan emak semakin pulih dan banyak improve nya berbanding sebelum bypass.

dan…. manakan sangka Abah yang pergi dahulu.. sudah suratan takdir…

Satu lagi saya rasa berhutang dengan permintaan seorang pembaca/pengomen artikel kisah bypass emak saya yakni tentang kos pembedahan pintasan jantung.

Istilah perubatannya ialah CABG (Coronary Artery Bypass Graft) atau pembedahan pintasan graft arteri koronari.

Oleh kerana abah saya seorang pesara kerajaan, maka kos pembedahan bypass emak di IJN ditanggung beres. Syukur alhamdulillah.

Mereka menggunakan teknik memotong urat yang diilhamkan oleh Profesor Madya Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman dari UKM dan ini merupakan rekod pertama negara.

 “Apa yang menarik mengenai kaedah ini ia tidak memerlukan kamera, jadi ia agak murah. Ia begitu mudah kerana anda hanya perlu menarik urat dikehendaki kepada peralatan seperti sebatang besi yang disambung ke sebuah injak. Alat itu dimasukkan ke dalam paha dengan urat yang dikehendaki dimasukkan kedalamnya. Alat itu berputar untuk mendapatkan urat yang dikehendaki dari paha/kaki. Putarannya untuk memasukkan urat kedalamnya dikawal oleh sebuah injak kaki. Ia adalah ciptaan Dr Sporen tetapi dia memerlukan kita dan juga kepakaran kita sebagai pakar bedah jantung untuk menilai kegunaan peralatan itu, iaitu sama ada ia sesuai bagi mendapatkan urat yang diperlukan dan bagaimana alat itu boleh diperbaiki,” kata Dr Ramzisham.

heart bypass image

Dalam kes emak saya, doktor pakar bedah mengambil urat yang panjang dari kaki kanan, lalu dipotong kepada 4 bahagian untuk dibuat pintasan pada jantung.(rujuk imej di atas)

Uhh, seram je bunyinya kan?

Belum lagi cerita tentang tulang rangka dada yang perlu dipotong untuk membuat bypass jantung. Allahhh….

Dek kerana itu, emak tidak boleh berbaring/tidur mengiring selama lebih kurang 3 bulan, untuk menunggu tulang tersebut bercantum semula seperti asal.

heart bypass image before & after

Kos pembedahan pintasan jantung

Hasil pembacaan saya, sekurang-kurangnya sebanyak RM20 ribu diperlukan untuk menjalani bypass bagi seorang kanak-kanak kecil.

Satu lagi kes pula, sebanyak RM50 ribu diperlukan. Juga pesakit bayi.

Untuk pembedahan pesakit dewasa, jika saya tidak silap, sekurang-kurangnya sebanyak RM80 ribu diperlukan untuk membuat bypass.

Saya suka membaca pengalaman saudari ini berkaitan penjagaan pesakit selepas pembedahan bypass.

Saya sendiri pun rasa tak dapat jaga emak sebaik beliau…. sibuk dengan anak² kecil… :(

Jadi sehingga kini, rawatan/pemeriksaan susulan dibuat di IJN. Emak meminta ubat-ubatnya dipos sahaja terus ke rumah. Mudah begitu… tapi untuk rawatan/pemeriksaan, terpaksalah juga pergi ke KL.

Kalau nak diceritakan secara terperinci kisah rawatan sepanjang beberapa tahun ni, rasanya tak cukup sehari saya menaip.

Cara memohon sumbangan perubatan di hospital swasta

 

Sila layari laman Portal Pencen JPA – kemudahan perubatan [klik link].

Emak saya kini sudah menjalani rawatan dialisis (cuci darah) akibat fungsi buah pinggang yang sudah tidak berapa elok. Syukur sangat ada ruang kosong di hospital berhampiran.

Muatturun online >> BORANG PERMOHONAN PERBELANJAAN RAWATAN KEPAKARAN DI HOSPITAL SWASTA [klik link]

Saya doakan anda yang membaca dan memerlukan ini akan dipermudahkan urusan berkaitan…. Amin…

 

Kredit imej: Google images

Incoming search terms:

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *