Komputer rosak

Di situlah disimpan segala mak nenek gambar dari dalam kamera dan handphone. Di situlah disimpan segala macam ebook berharga dan seumpamanya.

Dalam kepala ni macam² benda nak dibuat sekaligus, tup-tup komputer buat hal pula tanpa diduga. Saya dah mula bimbangkan hal ni sejak 3 hari lepas… Ketika sedang melayari internet seperti biasalah, tiba-tiba skrin monitor jadi biru bergaris-garis putih. Ah sudahhhh…. detik hati ni. Saya pun cuba restart semula komputer, alhamdulillah hidup semula.

Sehinggalah malam tadi, hal yang sama berulang lagi. Tapi kali ini restart banyak kali pun tak jalan. Sedihhhh rasa hati. Dahlah projek mega 2012 baru nak bermula. Cobaannn…. dan mujurlah blog penyuntik semangat ada untuk memberi semangat untuk terus blogging. Terima kasih. Juga tak lupa terima kasih untuk kalian pembaca dan pengomen setia di sini.

Bersiaran ini pun dari netbook kecil molek. Memang tak berapa puas tapi sekurang-kurangnya ada juga daripada tak ada langsung. Kalahlah prestasi komputer (PC) jika nak dibandingkan dengan laptop DELL kami yang tak pernah rosak sejak dibeli 3 tahun sudah. Belum cecah setahun jagung usia ‘buah tangan’ encik hasben ni.

Nak tak nak, kena hantar ‘klinik’lah … harap² semua harta kami dalam tu terselamat….

Incoming search terms:

Share sebagai tanda persahabatan...

About Ummi Hanie

Surirumah sepenuh masa (5 org anak), part-time blogger, WAHM (menjalankan perniagaan online). Segala yang tercoret di sini kebanyakannya adalah kisah peribadi (yg tak terlalu peribadi),kisah anak-anak dan adakalanya diselitkan sedikit info semasa, tips, food review, travelog, dll. Saya tidak bertanggungjawab atas segala komen/tanggapan negatif dari pembaca. Read at your own risk. Dialu-alukan untuk bekerjasama dengan saya bagi slot food review, advertorial, dan seumpamanya. Emel saya; ummihanie@hotmail.com
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

11 Responses to Komputer rosak

  1. kakngah says:

    hntr klnk jgn lupa suh diorg buat back up…

  2. wadud says:

    rosak ape kak?
    blue screen ea..
    lau lptp kemungkinn mslh ram, tp ni pc x tahu lak.. :)

  3. titan says:

    komputer tak rosak la..barang dalam komputer tu je yang bermasalahh..

  4. akubiomed says:

    Harap kerosakan tidak serius dan cakera keras boleh diselamatkan.

  5. Pingback: 21 Totem Tantra – falsafah kehidupan orang Cina | Ummi Hanie [dot] Com

  6. Nazri says:

    paling selamat tanggalkan harddisk supaya gambar-gambar & perkara-perkara sulit yang disimpan dalam harddisk tu tak di copy di klinik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam