Syukur alhamdulillah, walaupun tak selebat komisen orang lain, saya masih tetap bersyukur dengan komisen dari JomNiaga buat kali ketiga ini.
Memang saya tak pernah buat entri untuk komisen Jomniaga pertama dan kedua, jadi tak perlu korek² dalam blog ini ya. Hehe~ Sengaja saya langkaukan terus ke komisen ketiga.
Komisen pertama dan kedua saya pilih cara pembayaran “Bank Transfer”. Maksudnya, komisen kita akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank yang kita sendiri tetapkan selepas cukup amaun yang ditetapkan untuk cash out, iaitu minimum RM50. Yuran sebanyak RM2 dikenakan, betul tak?
Dek kerana tak sabar nak cash out cepat², saya tukar cara pembayaran jenis Paypal. Serendah RM20 dah boleh cash out beb. Yuran pun PERCUMA. Tak caya pergi check balik dalam website Jomniaga di bahagian Account > Maklumat Pembayaran. Kalau pilih jenis Check, lagilah lambat nak cash out, RM 100 dengan yurannya RM10 pulak tu. Saya rasa tak ramai yang pilih cara ni.



Bukanlah niat saya nak menunjuk² ye… apalah sangat nak dibandingkan dengan komisen yang korang dapat. Dengan paparan ini moga² menjadi pembakar semangat untuk terus bergiat aktif dalam lapangan affiliate dalam negara mahupun luar negara. Yeah~ Siapa kata tak boleh buat duit dengan blog? ;) Jika masih berjaya, timba ilmu sebanyak mungkin dan cari di mana silap kita, perbetulkan dan promosi secara konsisten dan teratur. Kalau dapat ikut niche blog lagi baguih. InsyaAllah, we can do it.
Oh ya, satu lagi berita baik dari jomniaga yang sangat saya gumbira ialah…
Bagi Personal, ini bermakna bahawa saya kini sudah boleh mempromosikan
tawaran daripada Premium Vendor dan juga faedah-faedah lain.
Bagi Business pula, ini bermakna bahawa saya kini layak menganjurkan event
melalui JomNiaga atau memohon sebagai Premium Vendor.
Tapi… tak pernah mencuba lagi untuk kategori Business tu. Belum bersedia dan belum layak kot? ;) Nak kena ada produk sendiri dulu kan, baru boleh jadi vendor di Jomniaga ni.
wahh..tahniah. tahniahhh..leh la belanja cendol macam ni. hehe
apa sgt la nk bnding dgn tokei cendol kannn…
anyway tenkyu~
selalu dpt semangat dr tokey cendol gak ni
Ummi..silah bagi tips sb saya masih sangat baru dan tidak berapa tahu sangat psl Affiliate ni.
Kita dapat komisyen jika org lain membeli produk itu kan? Kalau setakat kita promote bagai nak rak di blog tapi takde org nak beli tak dapat komisyenlah kan?
Bgmana cara nak yakin org beli?
alin, ya betul. klu org tak beli dari link kita, mmg tak dapat apa2 komisyen walaupun promosi bagai nak rak
antara tips yg sy boleg bagi… alin pilih mana2 topik affiliate yg diminati, try buat entri bersahaja berkaitan dgn topik tu berulang2 kali spt cekgu titan ajar dlm seminar tempoh hari…
insyaAllah, lambat atau cepat nnti ada buyer + komisen ;)
entri blog ni ibarat biji benih yg ditanam… lama2 ia akan masuk search engine, dan dijumpai mereka yg berhajat dgn topik tu. kena main keyword sikit ;)
sy taklah pandai sgt Alin… ni pun baru bbrp kali je dpt…
satu lg.. entri bersahaja ni.. jgn buat hard selling. gunakan skill soft selling… ;)
hanie…belanja makan cendol…hik3…
kak sya pun nak cendol gak ke… kena wat gathering camni :p
Wah sudah mula melihat bunga-bunga kejayaan dengan program Affiliates. :-)
mudah2an begitulah en. akubiomed… amin :)
oooo…tulah tengah kaji2 dr Cikgu Titan…tak katam2 lagik….hehehehe…tima kasih :)
tkpe, sama2 kita ngaji lg bab2 affiliate ni ;)
seronok pulak SA tgok..mcm best jer program ni tp tu la nak mulakan tu SA mcm tertanya2..apa yang perlu SA buat…
owh kena buat entry khas ni utk mulakan ;)
20 ringgit ke , 50 ringgit ke, tak kisah lah kan…asalkan dia tetap duit…
alhamdulillah murahh rezeki…
nory baru taw pasal JomNiaga ni…hehe
time kasih noury.. :)
jom join, nory just daftar je dulu, n then boleh kaji mcmmana
tahniah..memang berbaloi..dah dapat rentak tu..pasni bertalu-talu la komisen dapat..hehe..
p/s: jemput ye ke blog baru..hehehhee
time kasihh encik reezluv… kena ambik aura otai ebay ni juge ;)
dah jejak blog baru.. nice. tahniah jug ya :)
dah gian sangat nak tulis post..terus beli domain..ahaha..lama sangat tunggu..:D
lahai siannye… elokle tak terpendam hasrat melepaskan gian tu ye :p
wah..wah…. byk jgk tu….depa nak cendol…zie nak durian crepe… musim durian dah ni… hihihi
ade la sikit2 zie…
amboi demand… hah tetibe kite lak teringin durian crepe. adoii~
Susahlah nak dpt daripada jomniaga ni, puas mencuba namum masih tak ada komisen, salah strategi kot.
jgn terus putus asa… cuba strategi lain pula ;)
Alhamdulillah dan tahniah, berganda rezeki sebelum Ramadhan.
alhamdulillah dan amin…. :)
tahniah ummi! ni yg naik semangat ni…terbaaaik!
itulah antara tujuan sy… utk menaikkan semangat sesama kita.. tenkyu hafiz :)
tahniah ye, usaha sudah membuahkan hasilnya, bolehla belanja hihi
insyaAllah, ada kesempatan boleh belanja aju… hehe…
selamat ke nak letak nombor akaun dalam jomniaga ni? minta pendapat sikit ye…almaklumlah x pernah cuba..huhu
selamat, kalau tak bagaimana mereka hendak bayar komisen kita