Komisen ketiga dari JomNiaga – tukar jenis bayaran kepada Paypal

Komisen dari Jomniaga

Syukur alhamdulillah, walaupun tak selebat komisen orang lain, saya masih tetap bersyukur dengan komisen dari JomNiaga buat kali ketiga ini.

Memang saya tak pernah buat entri untuk komisen Jomniaga pertama dan kedua, jadi tak perlu korek² dalam blog ini ya. Hehe~ Sengaja saya langkaukan terus ke komisen ketiga.

Komisen pertama dan kedua saya pilih cara pembayaran “Bank Transfer”. Maksudnya, komisen kita akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank yang kita sendiri tetapkan selepas cukup amaun yang ditetapkan untuk cash out, iaitu minimum RM50. Yuran sebanyak RM2 dikenakan, betul tak?

Dek kerana tak sabar nak cash out cepat², saya tukar cara pembayaran jenis Paypal. Serendah RM20 dah boleh cash out beb. Yuran pun PERCUMA. Tak caya pergi check balik dalam website Jomniaga  di bahagian Account > Maklumat Pembayaran. Kalau pilih jenis Check, lagilah lambat nak cash out, RM 100 dengan yurannya RM10 pulak tu. Saya rasa tak ramai yang pilih cara ni.

komisen dari jomniaga

Komisen Pertama dari Jomniaga

 

Komisen Pertama dari Jomniaga

Komisen Kedua dari Jomniaga

Komisen  dari Jomniaga

Komisen Ketiga dari Jomniaga

Bukanlah niat saya nak menunjuk² ye… apalah sangat nak dibandingkan dengan komisen yang korang dapat. Dengan paparan ini moga² menjadi pembakar semangat untuk terus bergiat aktif dalam lapangan affiliate dalam negara mahupun luar negara. Yeah~ Siapa kata tak boleh buat duit dengan blog? ;) Jika masih berjaya, timba ilmu sebanyak mungkin dan cari di mana silap kita, perbetulkan dan promosi secara konsisten dan teratur. Kalau dapat ikut niche blog lagi baguih. InsyaAllah, we can do it.

Oh ya, satu lagi berita baik dari jomniaga yang sangat saya gumbira ialah…

jomniaga biz cert

 

Bagi Personal, ini bermakna bahawa saya kini sudah boleh mempromosikan
tawaran daripada Premium Vendor dan juga faedah-faedah lain.

Bagi Business pula, ini bermakna bahawa saya kini layak menganjurkan event
melalui JomNiaga atau memohon sebagai Premium Vendor.

Tapi… tak pernah mencuba lagi untuk kategori Business tu. Belum bersedia dan belum layak kot? ;) Nak kena ada produk sendiri dulu kan, baru boleh jadi vendor di Jomniaga ni.

31 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *