Juara komentator bulan Mac, April & Mei 2013

Tu dia. Sampai 3 bulan sekali rangkum. Sungguh tak berkesempatan luang lebih masa untuk buat satu² perkara contohnya mengarang entri blog.

Jadi di sini saya rangkumkan Juara Komentator bagi 3 bulan berturut² iaitu bulan Mac, April dan Mei 2013. Siapakah juaranya? ;)

Salah seorangnya….

akubiomed

pic kredit dari blog Akubiomed

Blogger Akubiomed. Antara top blogger di Malaysia masa kini… Juara komentator bagi bulan Mac dan April ’13 berturut². Juga juara komentator bagi bulan Januari dan Februari ’13, menjadikan 4 bulan berturut². Berbesar hati terima kunjungan dari beliau. Nantikan emel susulan dari saya ya. *kalau berkesempatan, masih boleh isi ruangan penulis jemputan bila² nanti ;)

Ini pula printscreen hasil penggunaan widget top  commentator;

 

Buat pertama kalinya admin BeritaKaki menjadi juara komentar bagi bulan Mei ’13. Beliau baru saja melancarkan sebuah contest SEO dengan keyword “Melayu Boleh”. Tahniah dan terima kasih, RSS Feed blog anda akan dipaparkan di sidebar blog ini selama sebulan.

 

Kehadiran anda di sini, baik yang lama mahupun yang baru, amat dialu-alukan oleh saya selaku ‘tuan rumah’. Sapaan anda akan saya balas sebaiknya, insyaAllah. :) Cuma ruang waktu untuk saya melakukan kunjungan balas @ blogwalking agak terhad, tapi saya cuba sebaik mungkin.

 

Dan jangan sia²kan peluang berupa win-win situation dengan mengisi link blog anda setiap kali mengomen di sini ya. Itu ialah link dofollow dari plugin CommentLuv yang juga merupakan salah satu tips menaikkan trafik blog. Nak tahu apa itu link dofollow, kena carigali di blog sifu ye ;)

 

Jika saya menganjurkan contest top komentator seperti dahulukala, ada yang sudi join dan jadi sponsor tak? ;)

 

Oh ya, dah beberapa bulan juga saya akifkan program Punchtab di blog ini sebagai salah satu program insentif untuk pelawat/pembaca. insyaAllah akan dihuraikan kemudian…

 

32 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *