Koleksi Selendang Terkini Wanita Menarik

selendang stella instant
tudung naelofar di zalora

selendang Naelofar yang laris di pasaran

Koleksi selendang terkini wanita menarik | Selendang, Tudung dan wanita Muslim itu amatlah sinonim. Bagi Muslimah, tudung adalah antara item penting buat mereka terutamanya apabila berada di luar rumah. Ini kerana mengikut tuntutan agama mereka memerlukan mereka menutup aurat dalam keadaan tertentu. Oleh itu tidak hairanlah jika dilihat pasaran Tudung/Selendang terkini semakin meluas kerana permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan wanita yang berhijab atau kini turut dikenali sebagai hijabista.

selendang zalora

Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.

selendang zalora

Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar ‘plain’. Namun kini terdapat variasi rekaan yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal, selendang instant dan macam-macam lagi.  Sentuhan yang diberikan membuatkan headscarf kini lebih popular dan trendy.

Saya gemarkan selendang instant. Seperti begini;

selendang stella instant

 

Inilah yang dinamakan inovasi selendang.

Memudahkan lagi si pemakai untuk tampil sopan dan bergaya.

Tak perlu pin sana pin sini. Tambah yang ada ramai anak kecil seperti saya.

Sekejap nak keluar hantar anak sekolah, sebentar lagi nak jemput balik pula.

Tak sempat nak pakai selendang berpin-pin bagai.

Cekup saja selendang jenis sarung seperti selendang Stella Instant ni.

 

Ramai selebriti wanita mula berhijab

Kalau kita lihat sejak beberapa kebelakangan ini banyak selebriti wanita di Malaysia yang sudah mula membuat perubahan ke atas imej mereka dengan tampil memakai hijab.

Contohnya seperti Dato Siti Nurhaliza, Mizz Nina, Ziana Zain, Shila Amzah, Erra Fazira, Rozita Che Wan, blogger artis Hanis Zalikha  dan ramai lagi. Ternyata memakai tudung tidak memberi sekatan untuk mereka terus aktif dalam industri seni Malaysia.

 

selendang zura

 

 

Mizznina - kredit mynewshub

Mizznina – kredit mynewshub

 

Dengan tampil berhijab bukan bermakna anda penampilan dan gaya anda terbatas. Pandangan yang skeptikal ini harus diubah dan keadaan ini telah mula berubah. Jika kita lihat golongan wanita yang memakai hijab atau fashion lover dalam kalangan itu yang kini lebih dikenali sebagai hijabista sudah begitu menonjol dalam dunia fesyen Malaysia. Mereka membawa imej sebagai wanita yang memakai tudung namun menggayakan pakaian Muslimah moden yang sesuai dengan peredaran trend fesyen terkini. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Dapatkan selendang terkini wanita online untuk kelihatan lebih menarik!

Incoming search terms:

19 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *