Koleksi majalah NUR & Reader’s Digest saya …

 

Perkenalkan , koleksi majalah NUR saya yang lama tak dibaca buat hiasan jer . Pertama kali beli keluaran Januari 2003 , terus jatuh cinta dan melanggan selama setahun . Dapat potongan harga sikit kan …

Masa tu muda remaja lagi … cewahhh … anak baru seorang . Minat membaca tu masih menebal . Maklumle , tak aktif berinternet apatah lagi berblog masa tu kan …. :p Ofis majalah NUR ni dengan rumah kami masa tu pun tak jauh sangat . Kami di Puchong , ofis depa di Shah Alam . Kadang2 tu bile round-round Shah Alam , ada jugak lalu depan ofis KarangKraf tu .

inilah dia majalah NUR pertama yg saya beli ...

 

Suka tengok cover depan hampir semua majalah NUR ni . Iyelah , konsepnya Muslimah kan . So dalam tu banyaklah tips-tips pemakaian gaya Muslimah ke pejabat , gaya di hari raya , bulan Ramadhan dan banyak lagilah . Edisi perkahwinan pun ada . Paling best edisi Raya . Diselitkan bonus macam2 gaya bertudung yang mana satu pun saya tak pass2 . Hahahha ~ Tapi suke jamu mata macam tu je le … suka tengok busana cantik2 , aksesori2 wanita . Hai , pompuan mana tak suka benda2 cenggitu betul tak ?? :p

Dan masa mula start blogging dulu (tahun 2008) saya gunakan majalah NUR ni sebagai salah satu sumber rujukan . Cube korang selak balik entri-entri terawal tahun 2008 tu . Tak silap saya , entri berkaitan TIPS . Godek2lah yer … ;) . Alah , satu tu je pun yang saya rujuk , pastu blog ke mana , NUR ke mana …. hehe . Menunujukkan betapa skemanya ketika mula2 berblog dulu kan kan kannn …. Idea tak berapa nak ada , so cedoklah mana2 majalah , buku yang ada .

gitule ropenye dalam gobok ... tersusun elok je takde sape bace :p

 

YA , tak ketinggalan juga majalah berbahasa Inggeris yang agak mahal , yakni Reader’s Digest . Sumpah saya tak beli itu semua , dapat FREE saje . Apa rahsianya ?? Kan diorang ada buat promo macam nak kasi menang duit cash ratus2 ribulah , nak kasi menang kereta lah … macam2 promo nye . Sambil tu , depa hantar le beberapa naskhah percuma setiap bulan . Malang sungguh nasib mereka kerana satu pun promo mereka tak dilayan . Muahahaha ~ dapat free magazine itu yang besh !

Mahal woo senaskhah RD ni , ada dalam Rm15 . Sekarang tak tau dah berapa harganya . Cuma , RD  ni dah serasi dgn saya dan family sebab sejak kecik lagi dah biase tengok parents baca , saya pun ikut le baca sikit2 . Kandungan dalamnya memang menarik .

Hah , belum cerita koleksi bacaan dan buku2 cerita zaman bebudak Hanie lagi . Tapi agak menyedihkanlah sebab sebahagian besar dari buku2 tu dah tak ada …. huwawawawaaaa … Tinggal le beberapa biji buku untuk diturunkan pada anak2 pulak … Novel pun sama . Dulu banyak jugak koleksi , tapi telah ‘dirampas’ . Ish , takmo ceritalah , sedih jadinyer . :(

Sejak kecik lagi memang kira ulat buku jugelah eden ni . Selalu ajak Abah saya pegi kedai buku kat Ipoh tu cari buku2 cerita dan novel . Miss lor that time …. isk iskkk …. ^-^” Dah tua bangka ni je tak berapa rajin membaca , entahlah ke mana melayangnya minat itu . Syaa yakin, minat tu still ada tapi kena dipupuk balik seperti pada asalnya . Tapi , membaca blog2 pun adik beradik membaca gak kan ? ;)

 

Incoming search terms:

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *