Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Lirik dan klip video Sahabat Selamanya – Lagu tema Upin & Ipin

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Lirik dan klip video Sahabat Selamanya – Lagu tema Upin & Ipin

 

Salam bertemu kembali .

Ada yang rindu kat saya ke ? Atau tak perasan pun ‘ketiadaan’ saya semalam … ngeeee ~ Apa lagi kalau bukan salah satu masalah berhosting sendiri ni … tak cukup bandwidth … bukanlah masalah macammane , ‘bercinta’ la sikit kan nak kena keluar ongkosss …. $$$ . Dah upgrade ke pakej yg lebih besor pun masih berlaku masalah ni … macam ler trafik & info dari blog ni best sangat kan kan kan … harap²nya mencukupilah hingga ke hujung bulan ni … amin ~

 

Ok cukuplah dulu yg itu . Hari ni saya nak share lagu kesukaan anak² saya dan ramai lagi peminat kartun animasi Upin & Ipin , iaitu lagu tema mereka “Sahabat Selamanya” dendangan kumpulan Padi dari Indonesia . Lagu ini bukan saja menghiburkan peminat² Upin & Ipin malah merupakan salah satu cara mendamai dan merapatkan hubungan antara 2 negara dari satu rumpun yg sama , iaitu Malaysia dan Indonesia .

 

 

Yup , Padi ialah sebuah grup dari Indonesia yg cukup terkenal dengan lagu² mereka antaranya “Menanti Sebuah Jawaban” (OST Filem Ungu Violet … i likeee soo much :p) .

 

 

 

Meh layan video klip lagu ni dari Youtube ;

 

 

Baby Zaid suka sangat ikut menyanyi di bahagian chorus tu ;  ” … untuk selamanya … setia … “  tapi dalam pelat baby lah kan … sambil ajak saya  nyanyi sama² dia …. so kiutt :p

 

 

 

Lirik Lagu Sahabat Selamanya – Padi feat. Upin & Ipin

 

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa?¦ Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa?¦ Selama-lamanyaa?¦ setiaa?¦


Source

 

Erm …. sapa sini yg dah join jadi member Kelab Upin & Ipin ? Senang saje zaman IT ni … buleh daftar ONLINE . Saya pun sebenarnya belum join lagi (untuk anak² laaa … ) Bila daftar nanti , dah bayor RM15 yuran pendaftaran , maka kalian akan dapat kad ni ;

 

 

Banyak juga kelebihan jadi member kelab ni , kalau nak tahu kena bacalah sendiri yer … ;) Dan kalau nak download borang pendaftaran pun boleh aje … KLIK SINI .

 

Ini pula gambar hasil rembatan rakaman kelab upin & ipin (studio episod 1)  dari galeri website depa ;

 

 

 

 

Ini pula gambar rakaman ketika di Pasar Tani Shah Alam … alahai rajennya merakam sampai ke pasor … :p

 

Incoming search terms:

 

10 Responses

  1. ieda says:

    salam dear..
    maaf dari akak sebab lambat sgt nak bg hadiah utk contest sicilik berbasikal hari tu..
    boleh bg details ni kat akak..
    1. nama anak yg nak di sulam kat t shirt
    2.saiz baju anak. (ukur jarak bahu anak dari belakang badannya..jarak antara ke dua2 bahu adalah saiz baju…ukuran dlm cm)

    ni emel akak
    idadr_maya@yahoo.com.my

  2. ctN honey says:

    anak2 mmg suka tgk cite upin ipin..tak pernah dgr lak lagu ni…ct yg ketinggalan ke apa

  3. kakyong says:

    sejak ada kelab upin ipin ni, Anis pun dah ter’addcited’.. bukan setakat hari2 nak tgk upin ipin.. tp yg hari sabtu tu, kalo lupa nak bgtau @ ON kan tv.. siap merajuk lagi.. “kenapa ibu tak bagtau kakak?” dan mcm2 ler soklannya nanti…
    kakyong ada entri terbaru… jom baca Tahajud Cinta – review episod 3My Profile

  4. ciksembang says:

    cer masukkan video versi zaid..mesti kiut bunyinya
    ciksembang ada entri terbaru… jom baca Cuba teka apa diaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *