UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Kitaran Kehidupan

Posted on June 2, 2011April 14, 2014 by Ummi Hanie

 

Salam muhibbah .

Kepala dan badan agak kelesuan dek kerana melayan anak yang demam secara tiba-tiba . Baby Zaid dah mula dedor2 (panas2 suam) badannya sejak semalam lagi . Bila nak tido malam , mulalah dia resah gelisah . Itu memang salah satu tanda badannya tidak sedap @ demam . Alhamdulillah masih boleh dikawal , ubat demam pun diberi sedikit . Abah mereka pula tiada di rumah 2 -3 hari ni . Macam-macam perkara pula berlaku . Dugaan …

 

Oh ya , ini entry berkaitan dengan entri terakhir semalam iaitu “Kembali” .

Seawal pagi semalam , terjaga saja dari tidur ketika nak menunaikan solat Subuh , dapat satu panggilan dari encik hasben yg menyampaikan satu berita yang begitu mengejutkan . Isteri kepada teman rapatnya merangkap colleague (kawan seofis) , juga kawan yang sudah lama saya kenali telah meninggal dunia … (kami kenal dah lama , dah belasan tahun, sejak kami sama2 anak dara lagi. Suami kami pun dah lama kenal sejak zaman bujang) . Sukar nak percaya tapi itulah hakikat hidup … Seorang demi seorang pasti akan tinggalkan kita … dan sampai masanya giliran kita pula meninggalkan semua …

 

Arwah meninggalkan 3 orang anak kecil dan ada janin dalam rahimnya , juga dalam usia yang masih muda , awal 30-an . MasyaAllah … untung rasanya kan ‘pergi’ bersama-sama seorang teman di dalam perut ? Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman … amin .

 

Maka , pagi semalam saya dan anak-anak pergi ziarah arwah di rumahnya . Saat paling sayu dan menitiskan air mata saya ialah apabila ibubapa arwah mencium arwah buat kali terakhir . Anak-anak yang masih kecil tak mengerti apa-apa . Mungkin yang besar sekali sudah faham sikit-sikit, umurnya sudah 7 tahun . Adik2nya sangka ibu mereka sedang tidur …

 

Saat memilukan lagi apabila jenazah sudah mula ditutup dan dibawa naik van jenazah , barulah anak2 kecil tadi menjerit-jerit memanggil ibu mereka yang sudah tiada . Tapi ketika itu saya belum hadir . Kawan-kawan yang bercerita . Saya terlepas melihat jenazah dimandi dan dikapan sebab saya datang sekali lagi ke rumah arwah selepas Asar . Persiapan mengkafan jenazah dan lain2 dilakukan sebelum Asar . Iyelah , sukar untuk saya tinggalkan @ bawa semua anak sekali dalam waktu begitu . Lainlah kalau abah depa ada . Itu pun saya hanya bawak Munirah seorang . Yang lain-lain terpaksa saya tinggalkan bawah jagaan Kakak . Alhamdulillah semuanya selamat .

 

Di tanah perkuburan pula , pilu rasa hati apabila si suami menyuruh anak-anak mencium arwah ibu mereka buat kali terakhir . Si suami berkata ; ” Ciumlah ummi …. lepas ni tak jumpe ummi dah “ . Ya Allah , nak meleleh lagi air mata dengarkan ini dari mulut saudara-mara mereka .

 

Arwah meninggal dengan mudah . Sebelum ni tak dengar pun arwah sakit apa-apa . Cuma baru-baru ini arwah demam (disyaki demam urat) + suhu yg sangat tinggi , tak turun-turun . Wallahua’lam . Itu menurut apa yang adik arwah ceritakan . Dan baru saja kelmarin encik hasben beritahu hasrat suami arwah nak minta tolong  saya bekamkan kaki arwah . Katanya dah 5 hari tak boleh tidur. Macam terkilan sikit rasa hati ni . (Saya boleh bekam sikit-sikit…) Esoknya dapat berita dah meninggal . Segalanya berlaku dengan begitu cepat sekali . Baru saja berjumpa dan bersembang2 dgn arwah beberapa minggu yang lalu .

 

Walauapapun , yang pergi tetap pergi … Hanya doa dan amalan soleh yang menyusul bersama . Bila ziarah kematian macam ni , tambah pula kenalan rapat , sangatlah menginsafkan diri .Tambah pula jika kenalan rapat atau sedara mara sendiri yang meninggal , berhari-hari akan terkenang .

 

Tweet
Fb-Button

10 thoughts on “Kitaran Kehidupan”

  1. yatie chomeyl says:
    June 2, 2011 at 1:45 PM

    Innalillah … semoga suaminy atabah dan mampu menjaga anak2 kecil itu sebaik mungkin *tears*

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 2, 2011 at 3:34 PM

      insyaAllah suaminye tabah … lgpun mentua betul2 sebelah umah je…mmg depa slalu jagakan ank

      Reply
  2. transformed hw says:
    June 2, 2011 at 3:53 PM

    Innalillah. Al-fatihah utk arwah. sedih baca entri ni tapi Allah lebih Maha Mengetahui.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 2, 2011 at 4:41 PM

      betul tu kak … Allah lebih mengetahui … tentu ada hikmah di sebaliknya

      Reply
  3. mohamadazhan says:
    June 2, 2011 at 4:03 PM

    Salam kak, sedihnya rasa…innalillahwainilaihiraji’un…

    takut ingat mati ni, dosa byk sangat rasa…

    moga ruhnya ditempatkan dalam kalangan orang soleh…amin….

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 2, 2011 at 4:51 PM

      bagus azhan kalau ada rasa takut ni … tu namanya muhasabah diri…
      kalau rasa diri ni baik aje , tu yg masalah …

      Reply
  4. syamila says:
    June 2, 2011 at 5:11 PM

    tazkirah buat keluarga…. kak sya baca entry ni pun dh rasa cam nk menitis air mata…

    moga rohnya ditempat dikalangan org2 yg beriman… kita yg hidup ni tak tahu la hanie…. cukup ke tak amal utk bekal ke alam sana… kak sya byk sgt dok sibuk kat hal2 keduniaan… bila fikirkan kematian…takutnya..bukannya takut mati..tp takut hukuman dari Allah…rasa byk sgt lalai mengingati ALLAH…subhanallah…
    syamila ada entri terbaru… jom baca Wordless WednesdayMy Profile

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 2, 2011 at 10:49 PM

      samelah dgn Hanie , kak sya …

      lalai aje dgn benda2 dunia ni kan … astaghfirullah …

      Reply
  5. ieda says:
    June 2, 2011 at 7:30 PM

    salam..
    alfatihah buat arwah.
    kepada suaminya…moga diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama anak2…(sedih kenangkan anak2 yg belum mengerti…pastinya kerinduan).
    Maha Suci Allah yang maha mengetahui….

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 2, 2011 at 10:50 PM

      wslm ieda …

      yer , moga mereka yg ditinggalkn diberi kekuatan …

      Reply

Leave a Reply to yatie chomeyl Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 23
  • Page views today : 23
  • Total visitors : 286,994
  • Total page view: 823,962
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme