Kitaran Kehidupan

 

Salam muhibbah .

Kepala dan badan agak kelesuan dek kerana melayan anak yang demam secara tiba-tiba . Baby Zaid dah mula dedor2 (panas2 suam) badannya sejak semalam lagi . Bila nak tido malam , mulalah dia resah gelisah . Itu memang salah satu tanda badannya tidak sedap @ demam . Alhamdulillah masih boleh dikawal , ubat demam pun diberi sedikit . Abah mereka pula tiada di rumah 2 -3 hari ni . Macam-macam perkara pula berlaku . Dugaan …

 

Oh ya , ini entry berkaitan dengan entri terakhir semalam iaitu “Kembali” .

Seawal pagi semalam , terjaga saja dari tidur ketika nak menunaikan solat Subuh , dapat satu panggilan dari encik hasben yg menyampaikan satu berita yang begitu mengejutkan . Isteri kepada teman rapatnya merangkap colleague (kawan seofis) , juga kawan yang sudah lama saya kenali telah meninggal dunia … (kami kenal dah lama , dah belasan tahun, sejak kami sama2 anak dara lagi. Suami kami pun dah lama kenal sejak zaman bujang) . Sukar nak percaya tapi itulah hakikat hidup … Seorang demi seorang pasti akan tinggalkan kita … dan sampai masanya giliran kita pula meninggalkan semua …

 

Arwah meninggalkan 3 orang anak kecil dan ada janin dalam rahimnya , juga dalam usia yang masih muda , awal 30-an . MasyaAllah … untung rasanya kan ‘pergi’ bersama-sama seorang teman di dalam perut ? Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman … amin .

 

Maka , pagi semalam saya dan anak-anak pergi ziarah arwah di rumahnya . Saat paling sayu dan menitiskan air mata saya ialah apabila ibubapa arwah mencium arwah buat kali terakhir . Anak-anak yang masih kecil tak mengerti apa-apa . Mungkin yang besar sekali sudah faham sikit-sikit, umurnya sudah 7 tahun . Adik2nya sangka ibu mereka sedang tidur …

 

Saat memilukan lagi apabila jenazah sudah mula ditutup dan dibawa naik van jenazah , barulah anak2 kecil tadi menjerit-jerit memanggil ibu mereka yang sudah tiada . Tapi ketika itu saya belum hadir . Kawan-kawan yang bercerita . Saya terlepas melihat jenazah dimandi dan dikapan sebab saya datang sekali lagi ke rumah arwah selepas Asar . Persiapan mengkafan jenazah dan lain2 dilakukan sebelum Asar . Iyelah , sukar untuk saya tinggalkan @ bawa semua anak sekali dalam waktu begitu . Lainlah kalau abah depa ada . Itu pun saya hanya bawak Munirah seorang . Yang lain-lain terpaksa saya tinggalkan bawah jagaan Kakak . Alhamdulillah semuanya selamat .

 

Di tanah perkuburan pula , pilu rasa hati apabila si suami menyuruh anak-anak mencium arwah ibu mereka buat kali terakhir . Si suami berkata ; ” Ciumlah ummi …. lepas ni tak jumpe ummi dah “ . Ya Allah , nak meleleh lagi air mata dengarkan ini dari mulut saudara-mara mereka .

 

Arwah meninggal dengan mudah . Sebelum ni tak dengar pun arwah sakit apa-apa . Cuma baru-baru ini arwah demam (disyaki demam urat) + suhu yg sangat tinggi , tak turun-turun . Wallahua’lam . Itu menurut apa yang adik arwah ceritakan . Dan baru saja kelmarin encik hasben beritahu hasrat suami arwah nak minta tolong  saya bekamkan kaki arwah . Katanya dah 5 hari tak boleh tidur. Macam terkilan sikit rasa hati ni . (Saya boleh bekam sikit-sikit…) Esoknya dapat berita dah meninggal . Segalanya berlaku dengan begitu cepat sekali . Baru saja berjumpa dan bersembang2 dgn arwah beberapa minggu yang lalu .

 

Walauapapun , yang pergi tetap pergi … Hanya doa dan amalan soleh yang menyusul bersama . Bila ziarah kematian macam ni , tambah pula kenalan rapat , sangatlah menginsafkan diri .Tambah pula jika kenalan rapat atau sedara mara sendiri yang meninggal , berhari-hari akan terkenang .

 

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *