Kisah lucu roti pong

Bukan nak ikut² entri Bee, cuma terkenang sumthing dan nak story sikit kisah lucu + menggelikan tentang roti pong ni. Ha pegi google cepat pasal roti ni kalau tak pernah jumpa/makan. Sedap woo… unik sikit rasanya. Sama taste kita ye Bee ;)

roti pong... bukan ping pong ;)

Saya mula kenal roti pong ni pun masa zaman sekolah menengah. Selalu bila balik dari sekolah tu, mesti nak singgah kedai cina (sebab takde kedai melayu ketika itu di situ) beli jajan atau alatulis. Kira macam hampir setiap harilah singgah. Suke sangat beli aiskrim MatKool, belikan untuk mak sekali, then makan sama² lepas balik sekolah tu… :) Yelah, nak hilangkan penat mengayuh basikal, daki naik bukit lagi. Dapat pula mengeratkan silaturrahim dengan emak :p Ohhh kenangan….

Alkisah satu hari tu macam biasalah nak beli jajan, ternampak pula roti pong ni. Terus beli nak cuba sebab tengok rupanya macam gebu, sedap je. Yes, memang sedap pun. Sampai ketagih² pula. Sambil study² kat meja tu, sambil mengunyah roti pong. Pehhh… enak beb! Macam saya sebut tadi, rasanya yang unik tu kalau tak silap saya dari salah satu ramuannya iaitu air abu.

sekadar gambar hiasan... mak oi besaunye cicak! atau teknik fotografi saja...

Nak jadikan cerita, satu hari tu tengah syok makan roti pong tu, tiba² ada hal sikit yang membuatku terpaksa tinggalkan aktiviti ‘mentekedarah’ tu kejap. Lupe le pulok nak ikat plastik roti tu elok². Bila saya datang balik ke meja tu, terperanjat² saya bila sekor cicak kelam-kabut keluar dari plastik roti tu. Adoyaiiii…. tak selera nak makan dah baki² roti yang ado. Terpaksalah dibuang ke tong sampah…. sedeyy ~

Kalau cicak tokek takpe juga, boleh saya tangkap kasi jual maa… :p

Lepas insiden itu, agak lama jugalah tak beli roti pong. Maybe macam fobia sikit kot… hehehhe. Tulah, lain kali jangan lupa tutup makanan/bekas makanan elok² ye….

Dah try Pizza 3D? Pizza pun ada yang 3D woo…. 

p.s: bila digoogle resepi roti pong ni, tak keluar pulok dlm search results. aneh juga… 

Incoming search terms:

30 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *