Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Kisah gajet impian…

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Kisah gajet impian…

Salam dan hai semua. Apa khabar? Semoga sihat²lah. Maklum sajalah musim jerebu ni, kesihatan orang ramai terganggu, termasuklah saya sendiri dan juga family.

Gajet impian punya cerita tak berkesudahan lagi. Ramai juga yang curious yer… terima kasih ;) Ada yang meneka Samsung Galaxy Note, ada juga yang meneka Samsung Galaxy Tab. Salah salah salah… jangan mare :p

Gajet impian yang saya dapat sempena ulangtahun perkahwinan ke-10 tempoh hari tidaklah sehebat kalian punya mungkin… tapi hebat kot bagi saya. Inilah smartphone pertama saya. Dan tambah special lagi, sepasang pula dengan smartphone encik hasben…. Sehati sejiwa gitu ;) Cik hitam dan cik putih. Saya dah sebut hari tu, saya punya cik putih kan… Makanya cik pink direhatkan dahulu… jangan merajuk ye cik pink, ai tetap sayang yu ok ;) Cik pink tu separa smartphone. Boleh juga berinternet, bukak facebook, cek emel, blogging tapi slow sedikit.

 

iphone 3gs black and white

kredit pic

Sepasang iPhone 3GS untuk kami……. So sweet… Walaupun bukan the latest iphone, tapi saya tetap suka dan bersyukur ^-^

So tak adalah saya jeles kalau cik abang saya pakai iphone sorang² kan… barulah fair ! ;) Inilah gajet impian kami. Tak sangka masin mulut saya asyik menyebut² kalimah iphone ni. Hehehehe…

Ringkas kata, memang terbaiklah produk Apple ni. iPhone = Intelligent phone kalau tak silap sayalah… memang intelligent. Orang² yang buta gajet macam saya ni insyaAllah mudah je nak gunakan smartphone ni. Tak ada terkial² sangat dah nak buat setting bagai. Lepas upgrade sikit plan celcom hari tu, sekarang dah boleh online di mana-mana pada bila² masa pun. Tapi, walaupun dah ada iphone ni, bukanlah menjamin saya akan update blog setiap hari atau sekerap mungkin. Tidak yer… Ia sekadar memudahkan aktiviti blogging sahaja di kala komputer tiada. Sekian, terima kasih.

p/s: tak ada niat nak berlagak atau apa pun, benda ni orang tak heran sangat pun… saya je yang jakun sikit… hoho

Incoming search terms:

 

26 Responses

  1. zie fauzi says:

    Wahhh…dh tercapai gadget impian tu yer… den je haa masih terkapai2 utk capai gadget impian.. tambah2 skrg ni hp yg ada asyik ‘mati’ saja… :)

  2. syu90 says:

    wahhh..dah ada iphone..

  3. Myra Jay says:

    Wahhhh bestnyerrr… Boleh la ber’iPhone lepas ni ;)

  4. iEyLa says:

    weee…ade cik putih dh skrang..hiks..

  5. fieda says:

    wah..ada geng plk tu hitam putih..

  6. akubiomed says:

    Telaan saya silap selama ini. Ingatkan beli produk Smartphone daripada jenama Samsung.

  7. best kan dpt gadget impian..x kisah la lastest atau x..yg penting ia smartphone.. :)

  8. Denaihati says:

    terbaik dapat iphone. betul2 sehati sejiwa, apa husband pakai, isteri pakai yg sama.

  9. sweetkurma says:

    tentu seronok kan bila dapat apa yang dihajatkan….

  10. puanbee says:

    wah bestnya nis , seronok dpt gadjet yg hubby pun pakai sama .. sepadan gitu ..

    nis .. bior tk latest tapi ada jugak , puas hati hehehe …

  11. halim says:

    Bersyukur dengan apa yang ada. Dapat juga pakai iphone. Biarlah apa orang nak kata apa pun.

  12. izan ishak says:

    wow!!! bestnya gajet impian hanie… serasi bersama ngan gajet en hubby hanie juga ye. tahniah3!!!

    kalau k.izan dpt iphone pun agaknya bukan setakat jakun tapi nak lompat2 bintang jugak!

  13. Oh! budu says:

    oh. kiranya wish list lah ni ek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *