Kini games bukan sahaja SELAMAT, malah MENDIDIK, dan MERANSANG MINDA!

by Ummi Hanie on September 24, 2012

in Cerita Anak-anak, Parenting

Anak-anak zaman sekarang ni kecik-kecik lagi dah pandai bebenor main games. Tak kiralah games di komputer ke, tablet ataupun smartphone. Secara peribadinya saya tak begitu gemor melihat situasi ini jika berlaku pada anak-anak saya sendiri.

ni le budak yg addicted dgn ‘aifon’.. hadeyy…

Tapi! Ianya berlaku jua…. Sejak menjak kami pakai aifon nih, anak-anaklah yang banyak pegang bendalah tu berbanding kami sendiri. Apa lagi, main games lah. Aduh duh duh duhh… Tapi pendirian saya dan suami, taklah nak strict sangat dengan anak-anak dalam hal ni. Biarlah mereka merasa main games di zaman kanak-kanak ni, jangan nanti kalau terlalu dikongkong, jadi jakun pula di kemudian hari. Pantang jumpa games, susah nak berenggang pula. Tak reti nak buat kerja lain. Memang ada kes macam ni. Berdasarkan pengamatan saya sendiri dan ianya berlaku di kalangan kerabat sendiri pun. Jeng jeng jeng…

 

Main computer games ni bukanlah 100% salah, kena pandai memilih. Orang dewasa pun suka main jugak kan. Untuk anak-anak, ibubapa memang perlu memantau games apa yang anak² main. Kalau dapat games jenis pendidikan, paling afdhol. Sambil bermain, sambil mendidik.

Terima kasih kepada pencipta aplikasi games pendidikan anakkusayang.com yang telah mencipta/mereka games pendidikan yang bagus untuk anak-anak. Ni antara screenshots games tersebut;

 

 

 

Video untuk lebih umphh;

 

 

 

Saya copy dari web games anakkusayang;

Mengapa pendidikan awal penting?

Sebenarnya ransangan minda yang anak-anak dibawah usia 6 tahun dapat, adalah jauh lebih memberi kesan kepada peningkatan IQ dan EQ anak. Seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak, Glen Doman selepas 40 tahun mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak menyebut tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak berkata:

“Every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than Leonardo Da Vinci ever used and It is easier to give a one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it to a six-year-old.”

Maksudnya :

“Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang lebih tinggi dari Leonardo Da Vinci. Mengajar seorang bayi berusia satu tahun pengetahuan ensiklopedia adalah lebih mudah berbanding budak berusia 6 tahun”.

Sebab itu, tahun-tahun pertama seorang anak itu dipanggil oleh Doman sebagai tahun-tahun EMAS.

Selepas anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun sempurna. Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama kehidupannya.

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa umpama mengukir di atas air. Sebab ituah kita harus bertindak lebih awal dalam mendidik anak-anak. Jangan sampai sudah menjadi buluh baru nak dilentur!

Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu… ukiran jenis apakah yang akan kita tinggalkan?

Incoming search terms:

{ 16 comments… read them below or add one }

akubiomed September 24, 2012 at 5:15 PM

Baguslah semakin banyak pembangunan kandungan interaktif oleh anak tempatan. Tidak perlu bergantung dari luar yang belum tentu selamat untuk anak-anak.

Reply

Ummi Hanie October 10, 2012 at 5:35 PM

sama2 kita menyokong :)

Reply

Yus September 24, 2012 at 5:20 PM

Wahhh.. bagus ni! thanks hanie coz kongsi… ank k’yus pun hantu games jugak.. huhu…

Reply

Ummi Hanie October 10, 2012 at 5:36 PM

sama2 k.yus… :)

Reply

hatiputera September 24, 2012 at 9:47 PM

game berunsur pendidikan memang sesuai untuk kanak-kanak. Tapi anak saya lebih main game kat PS 2.hehehe

Reply

Ummi Hanie October 11, 2012 at 4:27 PM

kami pun ada PS2 tp dikuarantinkan seketika… ehehhe. rindu gak mak budak ni nak main :p

Reply

donnyien September 25, 2012 at 6:44 AM

kalau ianya berbentuk pendidikan memang bagus, tapi kalau game yang ganas2, buang masa, perlu di kurangkan..

Reply

Ummi Hanie October 11, 2012 at 4:27 PM

yes Donny. games ganas2 memang diharamkan terus

Reply

Syamil September 27, 2012 at 7:12 AM

game yg mendidik mcm ni la yg saya carik utk anak..trimas utk info dan ini adalah kunjungan balas sbb baca entri legoland saya
Terjah sini ==>> Premium Beautiful Kena Saman

Reply

Ummi Hanie October 11, 2012 at 4:38 PM

sama-sama…. selamat mencuba :)

Reply

iEyLa September 28, 2012 at 5:40 PM

weeee….ayid!!!!
good boy..ni makin syg ni..hiks

Reply

Ummi Hanie October 11, 2012 at 4:38 PM

ahaksss… kalau jumpa BB kak ieyla mesti dia nak ‘kebas’ jugek :p

Reply

luke October 1, 2012 at 11:19 PM

Pencipta game pendidikan pun perlu pantas kerana anak2 semakin bijak dan cepat boring.

Reply

Ummi Hanie October 11, 2012 at 4:54 PM

betul tu Luke, setuju. games boring sgt, budak2 pun tak pandang ;)

Reply

Puan Bardboo October 11, 2012 at 8:22 PM

ammar pulak kalau dapat handphone bard, dia sibuk nak tengok koleksi video2 dia je..nanti dia ketawa sendiri tengok gelagat2 dia..hehe…geram je tengok..kalau game2 ni, dia tak geti main lagi..mungkin masih kecil lagi kot..

Reply

Ummi Hanie October 12, 2012 at 4:17 PM

o ye ke…. kite pun nak tergelak tgk budak kecik gelak kan… :p

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: