Kesibukan

Salam semua …
Hai , lama rasanya tak buat posting baru dlm blog ni … Bukan apa , akhir2 ni agak sibuk sikit dgn hal perpindahan ke rumah baru . Ya , rumah kami sendiri … Rumah teres setingkat je … tapi agak moden dan cantik jugalah kemasannya .. Dan yg paling penting , rumah sendiri ! Tak perlu menyewa lagi . Lokasinya di Nibong Tebal , Pulau Pinang berdekatan dgn Universiti Sains Malaysia (Kampus Kejuruteraan) Transkrian/Nibong Tebal .
Alhamdulillah dlm usia kami yg muda juga lah … kami sudah mempunyai rumah sendiri …Syukur banyak2 kepada-Nya .
Secara keseluruhannya , alhamdulillah … proses mengemas agak pantas , tinggal utk menghias2 saje lah . Dalam kepala ni , macam2 projek nak dibuat . Macam2 perabot juga nak dibeli bagi menambah keserian rumah . Cuma , perbelanjaan belum mencukupi . Jadi , tangguhkanlah dulu projek2 itu semua dan buat dulu setakat yg termampu . Buat masa ini , proses menjahit langsir baru sedang berjalan .
Langsir lama (tak berapa lama juga , tak sampai setahun pun) tak dapat digunakan kerana tingkap2 dan ‘sliding door’ rumah baru ni agak tinggi . Dgn menjahit sendiri , saya dapat menjimatkan kos dgn agak banyak juga kerana upah menjahit langsir sekarang ni agak mahal . Tak ape lah , tak berapa kemas/cantik pun tak ape lah .. asalkan hati ni puas .. bukan begitu ?
Oklah , bila2 nanti , saya letakkanlah gambar rumah baru saya ni ye . Biase2 saja .. tiada yg luar biasa pun … =)

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *