Astaghfirullahal azim… apa nak jadi dengan dunia akhir zaman ni entah. Bayi pun dah dijual² macam barang dagangan pula untuk kepentingan sendiri.
Kita ni berpisah sebentar dengan anak² pun dah terindu² inikan pula ibu² yang kehilangan bayi mereka. Wanauzubillah! Minta dijauhkan Allah dari bala musibah sebegini… amin.
(Anak² saya ada kembali bersama saya… yeay! Baca entry “Aku Rindu Kamu” untuk tahu story sebenar)
Tunjukkan kehebatan skill parenting anda & menangi hadiah!
Jom baca berita lanjut tentang kes jual bayi yang semakin berleluasa ni;
KUALA LUMPUR: Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.
“Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama.
Beliau turut berkata seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.
“Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian,” katanya.
Abdul Jalil menjelaskan kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual.
“Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi.
“Wanita yang dihantar ke pusat penjagaan haram ini biasanya terdiri daripada gadis yang mengandung anak luar nikah dan juga wanita warga asing yang tidak mahukan bayi kandungan mereka dan sanggup menjual untuk mendapatkan wang,” katanya.
Statistik D7 mencatat sembilan kes menjual bayi tahun lalu berbanding 20 kes pada tahun sebelum itu.
Misalnya pada Januari 2011, polis berjaya menumpaskan kes penjualan bayi yang berumur antara lima hingga tujuh hari yang dijual dengan harga antara RM15,000 hingga RM20,000.
Polis turut berjaya menyelamatkan tiga orang bayi, seorang ibu kepada salah seorang bayi ini serta dua wanita yang sarat mengandung di Selangor.
Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S.Ramamurthy juga tidak menolak kemungkinan kegiatan menjual bayi berlaku di kawasan pedalaman.
“Sindiket pemerdagangan bayi semakin rancak di kawasan pedalaman kerana kebanyakan keluarga amat terdesak untuk mendapatkan duit. Namun ia sukar dikesan,” katanya.
Beliau turut mempertanggungjawabkan kepada segelintir klinik swasta yang sanggup bekerjasama dengan sindiket untuk memalsukan rekod kelahiran bayi, bagi memudahkan bayi dijual. – BERNAMA
Dipetik dari myMetro
Incoming search terms:
- alamat ibu pejabat polis bahagian d7 (1)
- alamat ibu pejabat polis d7 (1)
- cara nak jadi sukarelawan di zoo negara (1)
- kes penjualan bayi (1)
- penjualan bayi (1)
Share and Enjoy
Entri berkaitan:







aduhai, apa nk jadi dgn dunia skrg…jual anak mcm jual anak patung je ghupanya…
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
ntah la kak … manusia skrg ni lebih rendah tarafnye dr haiwan kot …
asal barang jadi duit. baby pun dah jadi barang.
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
entahnye … mana letak akal x tahulah
berleluasa di kwsan perdalaman… pedalaman mana lah tu???
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
wallahua’lam ye kkyong … tp suami hanie pun cakap , mmg byk gejala sosial di kwsn pdalaman ni,
especially mengandung ank luar nikah …
ermmmm bahayenyer….
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
hajar ad abby nnti jaga leklok tau … jgn tinggal sorang2 … hiiii ~ *pesanan utk diri sndiri gak :p
Twitter: titaniumhijau
says:
diorang kira harga macam mana agaknya ye..
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
eh mcm berminat pulak . kih2 :p
teringat cerita songlap..memang realitinya begitu agaknya kan..
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
kutu dah tgk songlap ek .. hanie belum lg ar …