Kes bunuh Sosilawati dilanjutkan lagi di mahkamah

 

SHAH ALAM: Seramai 76 saksi akan dipanggil memberikan keterangan dan sebanyak 192 barang kes akan dikemukakan dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bermula hari ini.

Dalam ucapan pembukaan perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini, Timbalan Pendakwaraya, Ishak Mohd Yusof, berkata pihaknya juga akan mengemukakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Sosilawati kepada anak sulungnya, Erni Dekritawati. Antara barang kes yang dibawa masuk ke mahkamah pagi ini ialah kepingan zink yang dikatakan digunakan melapik mayat mangsa ketika dibakar. Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, 31 Mac lalu terhadap empat tuduhan membunuh Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

 

Sumber : Berita Harian Online

 

Kesian dengan arwah kan … semoga beliau tenanglah di sana . Kes dah lama berlalu tapi masih tak selesai² lagi .

Incoming search terms:

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *