Kes anak mati lemas ditinggalkan 5 jam dalam kereta

Allahuakbar… Saya sebagai seorang ibu faham bagaimana kesalnya rasa ibu yang kematian anak tersebut akibat kecuaiannya sendiri. Walaubagaimanapun, ini adalah Qadha’ dan Qadar Allah… Siapa yang nak anaknya mati?

Bukanlah tujuan saya di sini hendak mengungkit-ungkit tragedi yang menimpa keluarga ini, akan tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri agar lebih berhati-hati dan tidak cuai dalam menjaga anak-anak.

Anak mati lemas dalam kereta

Saya sendiri mempunyai 5 orang anak, dan bakal bertambah lagi insyaAllah. Bukan mudah ye nak menjaga dan mengendalikan mereka walaupun kawan- kawan saya sering mengatakan yang anak- anak saya baik2 belaka. Syukurlah jika dikatakan begitu, akan tetapi kanak-kanak tetap kanak-kanak. Mereka aktif jika sihat, dan adakalanya agak sukar dikawal tambah bila kita seorang diri yang menjaga.  Syukur sekali lagi kerana anak sulung sudah pandai menjaga adik, begitu juga anak ketiga yang rajin membantu.

 

Saya bukanlah seorang yang begitu cekap dalam serba- serbi perkara termasuklah dalam menjaga anak- anak. Tapi, bak kata orang tua-tua.. Beringat selalu… Awasi apa yang anak- anak kecil lakukan lebih- lebih lagi jika dia tengah senyap. Tentu ada something yang dia sedang buat.
Semoga ibu arwah kanak-kanak yang mati lemas tersebut akan kembali pulih semangat seperti sediakala. Janganlah ada pihak yang masih menuding jari. Letakkan diri kita di dalam ‘kasut’nya. Dari segi positif dan kepercayaan agama Islam, ibu tersebut beruntung kerana sudah ada ‘waris’ yang sedang menunggu di akhirat sana, dengan syarat kenalah redha dengan kehilangan ini…

 

~ iPad Live blogging

Incoming search terms:

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *