Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Keputusan UPSR 2015 kakak

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Keputusan UPSR 2015 kakak

Alhamdulillah berakhirlah sudah debaran menanti keputusan UPSR 2015.

Anak sulung kami a.k.a. Kakak berjaya memperoleh keputusan 5A.

Syukur sangat padaNYA.

Juga guru-guru yang bertungkus lumus untuk kejayaan anak-anak murid.

Antaranya guru sains yang gigih membuat kelas awal pagi untuk students UPSR.

Salute ~

Kami ibubapa ni memang tak letak harapan tinggi menggunung pada Kakak, rezeki dia mungkin…

Termasuk Kakak, semua sekali 26 orang dapat 5A.

Tahniah SKSI dan semua calon UPSR 2015.

Bgai yang tidak memperoleh straight A, usahlah bersedih sangat.

UPSR bukanlah segala-galanya, bahkan baru saja permulaan.

Alam sekolah menengah menanti dengan lebih banyak cabaran.

Nak cerita sikit,

Kakak bukanlah pelajar top 5 dalam kelasnya. Dia memang sangat average.

Tambahan pula ada subjek yang kurang yakin nak dapat A… apa lagi… Matematik.

Tapi kami yakinkan dia, fokus buat latih tubi. InsyaAllah boleh.

Subjek-subjek lain nampak dia boleh pergi. Jadi, kurangkan tumpu pada yang lain.

Hujung tahun 2014 sahaja kami hantar kakak masuk tuisyen UPSR, itu pun sebulan lebih saja semasa cuti sekolah.

Selebihnya hanya kelas tambahan di sekolah saja beserta usaha, tawakkal, DOA.

Kakak: atas, kiri sekali. ps: gambar ehsan dari kawan yg anaknya satu sekolah dgn Kakak…

 

Khabarnya anak blogger DenaiHati juga memperoleh 5A UPSR. Baca: http://denaihati.com/semak-keputusan-upsr-secara-online-dan-sms

Sayangnya atok Kakak sudah tiada. Jika tidak, beliaulah antara insan paling gembira dengan kejayaan cucunya… Ada saja hadiah yang akan diberikan nanti.

Ingat lagi… ketika atok sakit di hospital, adakalanya usung juga Kakak dan adik-adik ziarah walaupun ketika itu Kakak perlu mengulangkaji pelajaran.

Alhamdulillah mungkin inilah hikmahnya jika mengutamakan orang tua.

Apa pun, ini semua kami anggap rezeki dari Allah.

Tahniah buat Kakak, semoga terus menjadi contoh terbaik buat adik-adik.

Bukan saja kita nak berjaya Dunia, malah Akhirat itu lebih lagi kita nak kejarkan…

Al-Fatihah untuk Abah….

Next?

Tunggu sajalah kalau ada rezeki dapat panggilan MRSM atau SBP.

Jika tiada rezeki, mungkin kami pilih SMKA berhampiran.

 

18 Responses

  1. akubiomed says:

    Tanniah mendapat keputusan yang cemerlang.

  2. raihanah says:

    tahniah sis untuk kakak yang cemerlang, anak sulung kan? jadi contoh kpd adik2nya nanti

  3. Yati says:

    Tahniah ibu dan anaknya! Alhamdulillah… ^_^

  4. Fyda Noh says:

    Tahniah atas keputusan yang cemerlang. Memang berbaloi usaha bila dapat keputusan yang baik. Semoga terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi.

  5. syamila says:

    tahniah kakak….. ^_^

  6. syamila says:

    tahniah untuk ibu dan ayah juga… :-)

  7. Admin says:

    semoga sukses dan kekal sukses :)

  8. alhamdulillah…tahniah kakak sebab dapat 5 A.. =)

  9. puanbee says:

    tahniah kakak , tumpang bangga .

    anak sedara bee yg duduk batu kurau pun dpt 5A … Seronok dengar .. kakak pergi sekolah asrama mana2 ke ?

  10. imahtalks says:

    Tahniah. wah seronoknya dapat 5A.

  11. Tahniah atas kejayaan Kakak, semoga terus cemerlang & berjaya. :D

  12. MDHAFiZ.NET says:

    tahniah. pencapaian yg akan dikenang sampai dia tua ada anak cucu nanti dan diikuti adik beradik yg lain.

  13. Sani says:

    Tahniah ya kakak dapat 5A….

  14. cik tom says:

    tahniah buat kakak…mesti dpt byk hadiah lepas ni kan..

  15. huda says:

    tahniah kakak, semoga menjadi contoh terbaik buat adik2…

  16. hasif says:

    alhamdulillah..tahniah kakak…ikut sape ni mak die atau ayah die ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *