Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR 2012 sudah pun keluar hari ni ye. Sekalung TAHNIAH diucapkan buat calon-calon UPSR yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang berjaya, jangan terus berputus asa, usaha lagi untuk lebih berjaya di alam sekolah menengah yang bakal ditempuh pada tahun hadapan … ;)

Dengar khabarnya , keputusan UPSR 2012 kali ini adalah yang terbaik sejak 4 tahun lalu ya? Tentu cikgu-cikgu turut merasa bangga dan berpuas hati kan?Alhamdulillah… jadikanlah ia sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya di masa hadapan.

Nak semak keputusan pun mudah saja sekarang ni. Ambil saja handphone, taip angka giliran UPSR anak-anak dan hantarkan ke 15888. Tapi, nak lagi meriah kenalah ambil keputusan secara rasmi di sekolah anak-anak tak gitu kan… ;)

InsyaAllah,anak saya akan menghadapi UPSR lagi 4 tahun dari sekarang… jauh lagi tu tapi masa beredar begitu pantas sekarang. Ini pun sedar-sedar dah nak masuk Tahun 3 dah anak saya tu tahun depan… Dan anak kedua pula akan masuk Tahun 1. Challenging juga rasanya nak menyekolahkan dua orang anak sekaligus ;) . Gitulah jadi ibubapa ni kan…. step-by-step pengalaman akan ditempuhi.

Duit bantuan persekolahan RM100 pun semua dah dapat semalam kan… Ada ibubapa yang nak buat saving anak-anak. Ada juga yang nak buat tampung belanja sekolah anak-anak untuk sesi persekolahan tahun hadapan. Terpulanglah… asalkan wang itu diguna @ disalurkan ke jalan yang betul….

Kami? Tengoklah macammana… :p Rasanya lebih kuat nak buat saving anak (Kakak) tu. Menabung untuk masa hadapan …. ;)

Incoming search terms:

Share sebagai tanda persahabatan...

About Ummi Hanie

Surirumah sepenuh masa (5 org anak), part-time blogger, WAHM (menjalankan perniagaan online). Segala yang tercoret di sini kebanyakannya adalah kisah peribadi (yg tak terlalu peribadi),kisah anak-anak dan adakalanya diselitkan sedikit info semasa, tips, food review, travelog, dll. Saya tidak bertanggungjawab atas segala komen/tanggapan negatif dari pembaca. Read at your own risk. Dialu-alukan untuk bekerjasama dengan saya bagi slot food review, advertorial, dan seumpamanya. Emel saya; ummihanie@hotmail.com
This entry was posted in BERITA, Dalam Negara and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

16 Responses to Keputusan UPSR 2012

  1. sepet_kuku says:

    As salam,

    tahniah pd yg score 5A…yg tak berjaya pun tahniah juga..insyaAllah usaha tangga kejayaan…target utk peperiksaan besar akn datang..

    :)

  2. puanbee says:

    tahniah , bee tak tahu lah nak wat apa , hehe si kakak dah plan memacam dengan sepupu dia adoiyai depa lagi advance

  3. kakyong says:

    tahniah buat anak2 yg berjaya lulus , x kesah lah cemerlang @ tidak.. yg pasti depa semua lulus & tahniah & syabas buat semua guru2..

  4. puan kutu says:

    tahniah bat mereka yg berjaya..yg kurang cemerlang pun boleh cuba yg terbaik utk PMR n SPM..:)

  5. ciksembang says:

    wah dimana-mana saja tajuk upsr.. seo betul you alls..

  6. nza says:

    Tahniah kpd yg cemerlang n yg kurg cemerlang, teruskan usha…

    gitulah hanie, akak dh 5 org anak brsekolah…tiap kali exam hati sntiasa brdebar2….

  7. Siti Amylia says:

    Tq,doakan saya dpt 5A UpSr erk! tahun ni saya upsr,……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam