Keputusan UPKK 2016 Ukasyah, bawa anak jalan-jalan

Salam wbt,

Sekadar coretan ringkas seorang blogger mom super busy. zasss…

Syukur alhamdulillah keputusan UPKK 2016 (ujian penilaian  – tahun 5 KAFA) yang ditungu-tunggu telah pun keluar dan melalui semakan SMS, abang Ukasyah berjaya mendapat 8A.

Ummi yang checkkan dulu. lepas tu laju-laju bagitau kat abahnya.

Jadinya tersenyum memanjanglah kami sepanjang hari…

 

gambar majlis akhir tahun 2016… hadiah UPKK ni hujung tahun 2017 baru laa dapat…

 

 

Kiranya ni anak pertama kami yang ambil UPKK.

Kakak sulungnya Hafizah sepatutnya ambil UPKK semasa tahun 2014 dahulu, tapi disebabkan kami pergi menunaikan haji, Kakak tinggal di kampung makanya terpaksa tarik diri dari UPKK.

 

 

 

Reward dalam masa terdekat ni, kami nak bawalah anak-anak berjalan-jalan ke satu lokasi kegemaran kami. Rahsia dulu yer.. tuttttt…. hihi ~

Sebenarnya tiket flight tu encik suami dah belikan setahun yang lepas.

Biasalah, promosi Air Asia setahun sekali – FREE SEAT tu.

Macam kami jalan-jalan ke Sarawak pada 2011 dulu. Sarat mengandung anak kelima masa tu, punnn redah juge naik flight. Syukurlah lepassss… kalau tak, ummi berkampung kat airport le gamaknya. huahuahua ~

Kali ini insyaAllah 9 beranaklah kami naik flight.

Dah macam rombongan cik kiah dah haa…. kami-kami jer :D

 

muaadz, kiri
nawfal, kanan

 

si cinonet Nawfal tu baru nak bertatih aktif sikit… umur dah menjangkau setahun dua bulan pun… lambat sikit. takpelah….

Incoming search terms:

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *