Keputusan SPM 2012

by Ummi Hanie on March 21, 2012

in Dalam Negara

Macam tak percaya sudah genap sedekad (10 tahun) sejak pergi ambil keputusan SPM bersama-sama suami tercinta. Percaya tak?? Tak percaya tak mengapa… ;)

Bagi yang dah lama melepak di blog ini, mesti dah kenal sedikit sebanyak tentang Ummi Hanie bukan? Yang baru melepak di sini, tak mengapalah… boleh cuba trace sejarah hidup saya pelan² ye… ;)

Keputusan SPM 2012 dah pun keluar dan seramai 559 calon SPM 2011 peroleh semua A+. Tahniah buat semua yang dapat straight A’s tu kan… Tahniah juga buat semua calon SPM 2012 yang dah berusaha lakukan yang terbaik.

Saya dulu agak² dapat berapa A? Rasanya dah pernah cerita sebelum² ni, tapi ringkasnya bukan straight A lah macam result PMR… takde sorang pun calon di sekolah saya tu pada tahun itu dapat straight A, baik aliran sastera, maupun sains. Saya masuk aliran sains, kunun² nak jadi doktor kan… Dah jodoh awal, jadi doktor keluarga sajalah… ;)

Zaman sekarang, nak Semak Keputusan SPM, senang je. Main tekan² kat henfon, dapat dah result… tapi saya rasa cara tradisional jugak best, pegi sekolah ambik keputusan sendiri, dapat reunion tak rasmi balik dengan kawan². Share suka duka bersama… Oh ~ rindu pulak zaman sekolah dolu². Saya pulak satu²nya calon yang ambik result dengan status “Berkahwin”. Ada bran? ;) Dan alhamdulillah dapat jugak anugerah calon SPM terbaik tempat ketiga untuk sekolah² agama rakyat. Walaupun sekolah saya tu bukan sekolah agama rakyat, tapi sekolah agama jenis private. Masuk kategori jugaklah tu… Yang menyampaikan award tu ialah Raja Dihilir Perak. Sayangnya takde gambo ! Encik suamilah yang drivekan pegi ambik award atas pentas. Ngeh3x… Tak, saya bukan genius orangnya tapi dah rezeki kot… Allah nak bagi ;)

Oklah, tak dapat nak bebel panjang², nak bersiap² solat dan nak ke klinik hantar baby tembam . Nanti story lain apekehalnya ya ;) .

Pehhh… hensem betul Honda #JazzHybrid kaler hijau ni !

Incoming search terms:

{ 20 comments… read them below or add one }