Keputusan PMR tahun ini yang terbaik sejak 4 tahun lalu

bismillah

 Rebutlah peluang menangi DOMAIN PERCUMA selama 2 tahun.Klik! 

Seramai 30,863 pelajar daripada 439,456 calon PMR tahun 2010  ini berjaya skor A untuk semua subjek , menjadikan ia keputusan terbaik negara sejak 4 tahun lalu . Peningkatan peratus daripada 6.37% tahun lalu kepada 7.02% ini telah dilaporkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan , Datuk Abdul Ghafur Mahmud . (petikan dan terjemahan daripada akhbar online TheSunDaily) .

Well … TAHNIAH kepada semua calon yang berjaya ! Sekali lagi Hanie ucapkan kepada anak Kak Nza , Angah yang berjaya mendapat 8A . Sejuk perut akak kita …. :) Juga adik kepada Cik Epal kita , Nadia . Lain bebenor rupe Cik Epal dgn adiknye . ;)

Haih terkenang pula zaman muda remaja dolu-dolu . Bukan nak membangga diri yer , orang lain pun ramai juga yang berjaya skor straight A tapi tak kecoh pun macam aku . 11 tahun dahulu saya pergi ambik result PMR bersama-sama Abah (tunggu dlm kereta saja) dengan penuh debaran . Dalam hati tu ada rasa konfiden , tapi kadang2 bertukar-tukar jadi tak konfiden balik .

Cikgu-cikgu pun suka menyakat dengan menakut-nakutkan saya ketika nak bukak slip keputusan tu . Lagilah saya kecut beb ! Bukak-bukak aje slip tu …. terusss tersenyum lebor sampai ke telinga ! Alhamdulillah berjaya dapat 9A ye engkau , Hanisah ;) . Saingan2 a.k.a. ‘musuh2’  study saya pun sama2lah dapat 9A . So puas hatilah sebab saya selalu rasa tergugat dengan depa . Ada 2 oranglah saingan utama saya masa tu , sorang laki dan sorang perempuan . Abah saya pulak buat statement macam ni masa dia tengok slip result saya ;

” Amboi ‘terkangkang’ aje semua ye “

Dalam hati saya tercangak-cangak le wondering ;

“Apa plak yang “terkangkang2” kata Abah aku ni ? “

Then Abah saya macam dapat baca je pikiran saya tu dan dia pun explain ;

” Ni semua A ni kan rupenye ,m acam “terkangkang” aje …. “

Berderailah kami ketawa dua beranak dalam kereta tu . :)

Ok sambung balik story pasal ‘musuh’ saya tadi . Yang lelaki tu pada asalnya dapat 8A je tapi dia dan maknya pegi cek balik kat kementerian pelajaran , dapat jugak 9A . So pada tahun tu kami bertiga dapat anugerah pelajar terbaik PMR peringkat sekolah2 agama negeri Perak , saya sendiri di tempat kedua kalau tak silap . Confuse dgn SPM tuh .

SPM dapat jugak tapi tempat ketiga … tu pun bukannya straight A , 5A jer drpd 11 subjek . Maklumle , gatai2 amik kos Sains Tulen , dah tu batch pertama pulak tuuu … sapa suruh ! Segala kelengkapan makmal masih sangat tak lengkap . Jadi kami-kami batch pertama Sains Tulen ni macam eksperimen pertama sekolah lah … macam tikus putih … huk3x … 6 orang saje pun ! Sekolah kecik aje … tu sebab kalau perform dalam pelajaran ke ko-kurikulum ke , memang femes ames lah kau ! Hahaha …

Result subjek2 sains saya pun semuanya tak membanggakan … paling terer pun B3 jer untuk subjek Biologi kalau tak silap . Yang 5A tadi tu semua subjek2 asas … 3 daripadanya ialah subjek2 bahasa – Melayu , English dan B.Arab Tinggi (semua skor A1) . Dua lagi tu Matematik Moden (A1) dan Pendidikan Al-Quran & Sunnah (A2) . Ralat betulll tak capai target paling kurang nak 7A . :((

Cara saya belajar … biasa aje … tak ada pegi mana2 kelas tuisyen pun . Yang sekolah buat secara free (dan dipaksa hadir) tu saje saya attend . Sebab rasa macam tak perlu kan … bukanlah saya claim yang saya ni pandai lagi bijaksana . Tak ade , tak ade … takde maknenye . Tiap-tiap kali dok meja study tau saya buat ape ? Petik suis radio dan belek2 muka kat cermin ! Wakkakaka … pecah rahsia ! ;p Kalau tak bukak radio tu macam takleh study plak . Lain orang lain cara kan ? Dahlah radio jenis hi-fi punyer gedabak tu . ;p

Ouh ingat lagi time kena siapkan folio2 . Dengan folio Sejarah nye , Geografi nye … pengsan mak ! Kena buat kajian2 bagai … masih simpan lagi folio2 tuh  buat kenang2an . Nanti boleh tunjuk kat anak2 hasil kerja mak depa ni . ;p Student pompuan biasela mesti nak folio fancy2 punye kan … student laki simple2 jek . Janji siap dan lengkap .

Subjek Geografilah antara yang paling saya tak gemari masa tu.Jenuhla nak ingat peta2 , iklim2 dan macam2 details lagilah ! Masa trial tu saya tak dapat A punn … B ke C ntah . Tapi alhamdulillah la Allah bantu masa exam PMR yang sebenar . Tu yang kata kejap konfiden , kejap tak konfiden tu ! Pasal menatang Geografi ni lah ! Huhuhuuu … Satu lagi Prinsip Akaun yang basic punye dalam subjek Kemahiran Hidup tuh . Nyaris2 jugakla tak dapat A . Cukup tak minat akaun2 ni alahaiii … tapi dah terpaksa nak skor jugak , kenalah study betul2 kan …

Gitulah sikit sebanyak kenangan semasa zaman persekolahan . Nak balik semula ke zaman kanak2 ribena tu tak dapat dah . Korang nak balik semula ke zaman sekolah ? ;)

p.s : tak lupa juga ucapan rakaman tahniah sekali lagi to my SIL (adek ipor) yg berjaya dpt 5A UPSR baru2 ni … sdg menunggu keputusan dari MRSM ! Caiyok2 ;)

Ummi Hanie

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *