Keputusan Contest Top Referral blog Ummihanie.com. Siapa bakal dinobatkan sebagai juara?

Salam bahagia,

Oh tiba masanya untuk mengumumkan para pemenang contest Top Referral blog Ummihanie.com. Maaf kerana tidak post sebarang update berkaitan, kerana memang disengajakan begitu. Biar surprise kasi result untuk semua peserta.

Dan, berita baiknya. kesemua peserta akan dapat hadiah. Yeayyy… seronok cenggini kan? Tak banyak saingan… hoho. Tu laa… sapa suruh tak join :p

Baiklah, sehingga tarikh 15/1/2013, berdasarkan Awstats cpanel hosting blog ummihanie.com, saya printscreen untuk 2 bulan punya – Disember 2012 dan Januari 2013 (setakat 15 Januari je lah). So inilah kedudukan carta top referral;

Top referral Disember ’12

 

 

Top referral sehingga 15/1/2013

Untuk baca semula cara pemilihan pemenang, klik sini.

Jadi secara rasminya, pemenang pertama contest Top Referral blog Ummihanie.com ialah…….

 

 

Budakfelda.com !

 

 

Tahniahh diucapkan dan setinggi² terima kasih atas usaha anda… Sponsor silverbar 10gram, blogger Faizal PJ akan menghubungi BudakFelda sedikit masa lagi. Bestnyeee menang silverbar. :)

Pemenang tempat kedua dan ketiga untuk wang tunai RM50 ialah …….. Ziefauzi dan Cik Tom. Tahniah buat pasukan wanita :) Saya sendiri akan menghubungi kalian melalui emel nanti ;)

Manakala pemenang tempat keempat dan kelima yang bakal mendapat tajaan domain percuma selama setahun dari iHosterz ialah…… Syuhada Salleh dan Oh Cikgu. Tahniah. Boleh guna domain baru untuk projek website baru… tak gitu ;)

*sedikit perubahan di bahagian penaja domain, harap maklum. penukaran adalah atas sebab² tertentu

Dan pemenang tempat keenam tak lain tak bukan ialah Wana Wazm yang bakal mendapat sepaket Tepung Magik marvellous dan sebiji keychain best Bukit Bendera. Sila emel saya untuk berikan alamat ;)

#Tepung Magik [klik link untuk info lebih lanjut]

Tamatlah sudah contest top referral blog ummihanie.com. Ada rezeki, akan buat lagi… Sebarang komentar dan cadangan penambahbaikan blog/contest dialu-alukan. InsyaAllah, giveaway kecil²an akan dibuat selepas ini. Tungguuuu….

U all happy, i pun happy… :)

Incoming search terms:

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *