Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu. Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan.

Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese The Guilding Off” oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

kredit: www.mrpumpy.net

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya … !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:
“Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab :
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua : Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya .
Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang…. !! “
Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut ….

Makan dengan tangan juga sunnah Nabi

Nabi Muhammad SAW sendiri makan menggunakan tangan baginda yang mulia dan menjilat saki baki makanan di jari-jemari.

Kajian sains membuktikan bahawa terdapat sejenis enzim di jari kita yang apabila dijilat akan memudahkan penghadaman makanan.

Yang dikatakan menjilat jari tersebut bukanlah secara gelojoh, rakus dan tidak sopan. Akan tetapi dengan cara yang berbudi bahasa.

 

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu…


Incoming search terms:

 

15 Responses

  1. penaberkala says:

    >pasal makan dengan tangan ni ada kepentingannyasatu kerana sunnahsatu lagi dari segi saintifikmst akak dh tahu kan pasal kedua-duanya?

  2. hans says:

    >betul lah cakap penaberkala tulagipunmakan dengan tangan cepat hadam sebab ada satu enzim dkt tangan yg leh cerna makanan tucuma salahnya kita ni makan xkunyah 40 kalixsampai 2 kali kunyah dah masuk dalam peruthaha

  3. >X suka kalo dgr org makan kunyah bunyi2..:S

  4. penaberkala says:

    >kunyah bunyi2 macam mana?klu kunyah benda rangup mmg la akan bunyi kak iedake macam mana?

  5. Ummi Hanie says:

    >pena : yup , sunnah dan saintifikhans : aah..kne kunyah smpai 40 kali baru leh telan,so perut sng nak hadam..kite ni gelojoh,xdan kunyah dah suap lg..haishieda : hehe sis..hanie pun same..

  6. >"penaberkala:kunyah bunyi2 macam mana?klu kunyah benda rangup mmg la akan bunyi kak iedake macam mana?"Pena,bukan kunyah bunyi krup krap tu tp kunyah yg bunyi mcm cup cap,cup cap tu lh..Haihhh..camane nk explain ehh??p/s: hahaha..kn dh mcm2 bunyi ku buat! :p

  7. penaberkala says:

    >sis ieda:owh,faham2..bunyi cam cicak tu ek? aah,ada gak org mkn yg bunyi camtuh..maybe menikmati hidangan yg lazat tuh.haha

  8. >Yea rite!Bunyi mcm Cicak!(Ape ke susah sngt la daku nie nk bg penerangan pd mu Pana..)Boleh menikmati tp jgn sampai mengganggu org sebelah dgn bunyi2 tu,kn..Hihi..

  9. hans says:

    >kak ieda : wah,cerewet juga ekau nih yer kak ieda..haha

  10. hans says:

    >pena : maksud kak ieda tu bila makan jer bunyi krup krup dkt mulut…

  11. hans says:

    >sis : hahaha…xmampu nak kunyah 40 kali..rasa lambat sangat

  12. hans says:

    >kak ieda : den faham…hahaha…kalau makan sambil tgok tv selalu bunyi macam tu

  13. hans says:

    >pena : hahah…teruk sangat bunyi macam cicak..tapi memang menikmati betul2 la tu

  14. hans says:

    >kak ieda : hahaha..kalau makan dgn orang memang xkan bunyi macam tu..segan sangat aihh

  15. hans says:

    >dah faham ke pena?hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *