Kemalangan maut di lebuhraya DUKE tinggalkan 2 puteri comel yatim piatu

gambar mangsa kemalangan maut DUKE 2015

Kemalangan maut di lebuhraya DUKE | Ajal maut di tangan Allah, siapa kita nak meningkahnya.

Cuma adakalanya DIA uji dengan cara yang agak menyedihkan bukan saja keluarga mangsa, malah seluruh rakyat Malaysia, mungkin juga seantero dunia.

gambar mangsa kemalangan maut DUKE 2015

ya Allah sayunya hati…..

2 orang puteri comel menjadi yatim piatu akibat kemalangan maut melibatkan ibubapa dan adik bongsu mereka di lebuhraya DUKE, yang dikatakan berpunca dari aktiviti lumba haram geng kelab kereta MYVI… FMC.

Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Kerana satu kelab myvi, habis semua kelab kereta dipandang serong.

Myvi salah satu kereta kegemaran rakyat Malaysia. Pihak Myvi akan berdiam diri ke? ;)

Tidak berniat menyebar fitnah, akan tetapi ada saksi kejadian serta rakaman video menunjukkan sekumpulan kereta Myvi sedang berlumba.

Saksikan video berkaitan kemalangan tersebut;

 

Boleh baca lanjut di kemalangan maut highway duke.

Jika benar, diharap pihak FMC mengaku bersalah, memohon MAAF kepada ahli keluarga mangsa² dan menyerah diri kepada pihak berkuasa. Biar mereka yang menjatuhkan hukuman.

*Update terkini via Buletin Utama TV3, 3 Mei 2015: Pihak FMC tampil bertemu adik arwah dan cuba menjernihkan keadaan dengan menyatakan grup FMC tiada kaitan dengan lumba haram yang mengakibatkan tragedi tersebut.

Alhamdulillah. Moga pihak yg benar-benar bertanggungjawab akan tampil bersua muka nanti.

 

Kita sebagai pemerhati, usah masuk campur. Doakan kesejahteraan arwah… itu jauh lebih baik.

 

Buat 2 puteri comel yatim piatu…. Bertabahlah.

Ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Allah lebih menyayangi ibubapa dan adik kalian.

UH doakan kalian membesar menjadi anak-anak yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Saudara-mara atau sahabat handai, malah kita orang asing sekalipun boleh ambil bahagian untuk meringankan beban kanak-kanak yang sedang kehilangan insan² tersayang ini.

Sumbangkanlah wang ringgit… barangan peribadi/barang keperluan harian, barangan sekolah, pakaian, permainan…

 

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:

Nabi Muhammad SAW telah bersabda :

“Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini ”

– sambil Baginda menunjuk dengan kedua-dua jarinya – jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya, sebagai isyarat rapatnya mereka dan duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga). (Hadis Riwayat Bukhari)

Anak yatim merupakan duta kecil Nabi. Mendekati mereka bermakna mendekati Baginda. Banyak hadis yang menceritakan kelebihan orang yang menjaga dan berbuat baik kepada anak yatim. Sayang sekali kalau kita tidak teruja dengan tawaran eksklusif ini. Islam sangat mengambil berat perihal anak yatim. Jika disemak dalam al-Quran, Allah menjelaskan berkenaan anak-anak yatim di pelbagai tempat.

 

Allah Taala menyebut di dalam Surah ad-Duha ayat 9-10 :

“Pada anak yatim itu ada penawar yang menyembuhkan. Pada anak yatim itu juga ada racun yang sangat menyakitkan. Sekiranya hatimu tega dan rela dengan kesusahan mereka ertinya kau lupa dengan pesan Allah ini. Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berkasar, dan terhadap pengemis janganlah kau herdik.”

-rujukan

 

Dengar kata, adik mangsa mengambil tanggungjawab menjaga anak-anak mereka. Semoga rezekinya diberkati. Amin…

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *