Kelebihan AYAT KURSI

by Ummi Hanie on December 23, 2011

in INFO

 

Saya yakin semua dah hafal Ayat Kursi kan ? Yang ada anak² tu , macam saya ni lah , eloklah diajarkan ayat suci ni kerana ada banyak kelebihannya .

Mari intai sejenak kelebihan² Ayatul Kursi ;

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas  pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap  kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap  kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

kredit gambar : Oh! Islam

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya  hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap² sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi² serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Incoming search terms:

{ 14 comments… read them below or add one }

lin azlina December 23, 2011 at 8:47 PM

lin sentiasa mengamalkan surah ni…kalo tak baca ms nk tdo tu tu mmg rasa len jer…

Reply

Ummi Hanie December 24, 2011 at 1:15 AM

kan lin … dolu2 masa kecik mak kite ajar suruh baca sblum tido .. ;)

Reply

ibuhani December 24, 2011 at 12:06 AM

Amalkan 5x sehari semasa solat. Ia akan jd pendinding bukan shj pd diri tp pd keluarga, hartabenda n dr sihir……insyaallah!!!

Reply

Ummi Hanie December 24, 2011 at 1:14 AM

totally agree kak ani :)

Reply

titan December 24, 2011 at 5:44 AM

amalkan baca hari-hari. rasa aman aje setiap hari.. :)

Reply

Ummi Hanie December 24, 2011 at 4:06 PM

yupp … aman dgn cara hidup islam … ;)

Reply

kakyong December 24, 2011 at 10:27 AM

kakyong mula belajar ayat qursi ni masa darjah 4..
masa tu pakcik dtg dok dgn kami.. dia belajar pondok, jd masa dia kat rumah kami byk jugaklah dia ajor.. masa tu pakcik pesan, kalo takut, baca ayat ni Insya Allah hilang rasa takut.. masa tu baru darjah 4 kan.. budak lagi.. Alhamdulillah, masa dok asrama dulu, memang dok baca tiap masa.. lebih2 lagi time nak tidur.. biasalah kan asrama mcm2 ada.. hihihikk..

Reply

Ummi Hanie December 24, 2011 at 4:08 PM

mmg kkyong … klu dok asrama mmg xleh lekang dari ayat ni .. hehehhe

bagus pkcik tu ye kkyong .. byk pahala beliau ;)

hanie masa nk brsalin ank pertama dulu tak lekang2 ayat kursi ni dr bibir ;)

Reply

Mohkembara December 24, 2011 at 2:24 PM

Assalamualaikum Yong Hanie,

Terima kasih utk reminder ni. Nak kopipes simpan supaya tak lupa…memang biasa amalkan! Tengkewww again!

Reply

Ummi Hanie December 24, 2011 at 4:09 PM

w’salam Yong Halima …

sama2 … share apa yg patut kan … smbil bikin ‘saham’ akhirat jugeee ;)

Reply

puan kutu December 27, 2011 at 9:15 PM

byk kebaikan dan keleihan ayat kursi nie..kutu dah like..:)

Reply

Ummi Hanie December 28, 2011 at 4:17 PM

thanx kutu …

ayat kursi mmg penting utk diamalkan

Reply

Mashitah Mohd Arifin February 2, 2012 at 9:21 PM

Kak , saya share di blog saya ya ? Shukran !

Reply

Ummi Hanie February 3, 2012 at 1:00 AM

ok,silakan … ;)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: