Kelahiran anak ketujuh. Makin besar family….

Salam wbt,

Sejujurnya saya sangat kesuntukan masa untuk blogging saat ini. Selain sibuk menguruskan rumahtangga dan keluarga, saya juga menjalankan bisnes sambilan produk aromaterapi, juga bisnes busana Muslimah secara sambilan. Boleh imagine tak camno?

Ehemmm… hal saya mengandung baby ke-7 pun tak diceritakan di sini. Sengaja bikin surprise….

Memang kawan² blogger dan FB terkejut dengar saya dah bersalin.

Syukur semuanya selamat. Tanggal 8 Januari 2016.

Yeayyy…. Syukur alhamdulillah impian nak dapat baby awal tahun TERMAKBUL.

Suami nak baby ni lahir hujung 2015.

Saya nak 2016. Dah due date pun memang 7 Januari ’16.

Baby Overdue sehari.

Anak pertama di usia 3-series.

Yang sulong umur belasan tahun.

5 yang lain di usia 2-series.

 

nawfal 7days

 

 

Muhammad Nawfal nama diberi.

Tarikh entri ini ditulis, sudah mencecah umur 90 hari = 3 bulan.

Dilahirkan secara NORMAL. Jam 9.56 malam, hari Jumaat.

 

 

Di Dewan Bersalin MUSLIMAH area Bukit Mertajam.

Kali ketiga bersalin di sini. Alhamdulillah.

Disyorkan untuk yang nakkan DOKTOR PEREMPUAN sepanjang masa.

Kesah bersalin?

Sikit bolehlah….

 

Sehari sebelom due, saya ajak suami pergi buat check up sebab ada terasa sakit sedikit.

Naik kereta terhentak sikit pun  sakit.

uish. berapa cm dah dilate agaknya ek?

doc check… baru 1cm je… doc suruh datang esoknya sebab air ketuban dah kurang.

oh my! tak pernah saya alami kejadian air ketuban kurang. inilah pertama kalinya.

so kami pun balik…. dup dap dup dap jugak.

mak pak mentua & adik ipar dah tunggu di rumah sejak beberapa hari untuk standby saya bersalin.

esoknya…. saya buat “kering” je. klinik bersalin dah call pagi-pagi suruh datang.

Serah diri la pendek katanya.

saya cuba buat-buat tak layan. sebab langsung dah takde rasa sakit mcam semalam tu.

tapi, esoknya saya ajak suami serah diri juga.

sebabnya kami semua di rumah ni risaukan baby di dalam yang dah kekurangan air.

makanya saya terpaksa induced. bukan tak tahu sakitnya lebih dari natural birth.

tahu sesangat sebab ini bukan kali pertama induced.

saya dah baca banyak kesah natural birth. kelahiran alami, tanpa sebarang ubat-ubatan.

sangat inspired tapi mungkin Allah tak izinkan lagi kali ni.

dan diri saya sendiri mungkin belum cukup bersedia.

saya doa asalkan baby dan saya selamat… sudah memadai.

makanya bermula jam 5 pm hari Jumaat 8 Jan.’16 tu kesakitan bersalin (surge) semakin menguat dan menguat. Bukaan rahim (dilation) seiring seirama.

Jam 9.30 malam ditolak masuk ke labor room.

Jam 9.56 malam baby selamat dilahirkan.

lebih kurang setengah jam bertarung.

Akhirnya….

3.8kilogram. MasyaAllah. Jauh beza dari berat ketika scan.

Berangan bersalin baby kecik sikit 3.2kg anggaran doc.

Hah ambikk… baby boy paling besor, setanding kakak-kakaknya.

boys yang lain semua tak lebih 3.5kg tau.

entah apa ummi depa ni mentekedarah sampai besor gini baby. hihi~

 

dah serupa abang Ukasyah daa....

dah serupa abang Ukasyah daa…. Hi! saya dah umur 3 bulan ! :D

 

Pic newborn? Nanti jap transfer dari phone…

 

Cepat betul masa berjalan.

Sudah 7 orang anakkku….. Makin meriah family.

Rata-rata akan kata…. Untunglah kamu…. muda anak dah ramai. besar-besar nanti senang….

AAAAMIIINNN…..

 

Doakan mudah-mudahan semuanya membesar dengan sihat, bijak, jadi anak-anak soleh solehah ye kawan-kawan… Terima kasih.

 

Nawfal dengan abang Muaadz & Huzaifah

Nawfal dengan abang Muaadz & Huzaifah

Incoming search terms:

26 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *