Kek Coklat Moist Kukus

by Ummi Hanie on March 16, 2012

in Makan-makan, Masak-Masak

Lamanya tak main tepung untuk buat kek. Bila dah lama baru buat kek semula dan menjadi, alangkah gumbiranya rasa, feeling ala² nak bukak kedai kek je… hahaha… over je kan.

Tengok kawan sini, kawan sana sibuk bikin kek, teman pun teringin juga. Cukup je syarat nak bikin kek coklat, teruslah masuk dapo.

So inilah hasilnya…. Syukurrr Kek Coklat Kukus menjadi walaupun menderhaka pada resepi… resepi cantum² gitu… Terima kasih banyak untuk resepi Puanbee dan sebuah lagi resepi yang saya tak ingat ownernya. Opsss ampunnn….  Cantum² tu maksudnya sebahagian bahan dan method dari resepi ini, sebahagian dari resepi itu. Alhamdulillah, menjadi juga. Memang moist je kek ni…. Yummy~

 menggoda tak?? auww ~

Saje teringin nak kukus kat dalam loyang segiempat pulak… Asalnya nak buat cupcakes tapi tak jumpa pula kertas untuk alasnya… insyaAllah next time ;)

Jom layankan pics di sebalik tabir…

kek masih dlm loyang, baru keluarkan dari kukusan

 

setelah ditelangkupkan ke atas pinggan…

 

anak-anak berebut nak hias kek…

 

Berebut² budak² tu nak tabur hiasan atas kek. Pic Kakak tak nampak sebab tak muat masuk kamera… Budak² memang minat buat benda macam ni kan…

Ok last sekali, pic kek coklat kukus dari pandangan sisi… nampak macam brownies pulak :p Loyang tu besar jugak, berapa inci tak ukur. Tu sebab keknya jadi tak berapa tebal, melebar jek.

 

Macam biasa, kalau tak letak resepi, memang tak sah kan….

Kek Coklat Moist Kukus ala UmmiHanie

Bahan²;

  • 3 biji telur
  • 2 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum @ tepung serbaguna
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 bar coklat masakan
  • gula manik @ chocolate rice @ apa saja untuk hiasan

Cara²;

  • Kacau telur + gula hingga sebati.
  • Dalam bekas lain, bancuhkan serbuk koko dengan air suam.
  • Masukkan tepung + soda bikarbonat + Minyak + susu cair + bancuhan koko + esen vanila perlahan-lahan dalam sebatian telur + gula tadi.
  • Kacau sebati dan masukkan dalam loyang pengukus. Pastikan air dalam pengukus sudah menggelegak sebelum memasukkan adunan.
  • Kukus selama 40-45 minit. Elakkan dari terkena wap air ke atas kek.
Cara buat topping;
 

Mudah saja… Cairkan coklat masakan dalam microwave, kemudian campurkan dengan 1 sudu besar mentega dan sedikit susu cair. Done ~ Lepas ni verangan nak buat ciskek pulak. Stok cis dah beli tapi dok makan macam tu je… sedap weh !

Wow, 20 iPad untuk dimenangi !

 

Incoming search terms:

{ 22 comments… read them below or add one }