Ke Zoo Taiping lagi…

Zoo Taiping ni dah macam acara tahunan juga kot. Yelah, seronok bawak anak². Tengok mereka seronok, kita ummi dan abah ni pun rasa seronok sama….

Pagi hari cuti pertabalan Sultan hari tu, kami sekeluarga bersama-sama mertua saya bertolak ke Taiping, makan pagi di rumah pakcik di sana. Oh bestnya makan bihun goreng orang masakkan… haha. Kemudian, seperti yang dirancang, kami pun angkat kaki ke lokasi seterusnya, Zoo Taiping… again! Tapi mertua tak ikutlah, mereka ada perancangan lain.

Nampak gaya ada upgrade lagi pada Zoo Taiping ni. Dari segi landskap, hiasan gitulah. Tempat beli tiket tu dah berbumbung sepenuhnya (bumbung jenis transparent). Tahniah tahniah… Bayaran tiket untuk kami semua 5 orang (Zaid dan baby terkecuali) sebanyak RM48. Oklah tu kan? Dapat naik keretapi sekali… Ye, ini yang pertama kali untuk si baby debab yang masih tak faham apa… Siap tertidur² lagi dek kerana syok digoyang² dek keretapi tu… keh3x.

pose spesell ummi n baby...

 

Encik hasben dan anak² semua duduk sekali di seat depan, kami berdua je terpinggir ke seat belakang, satu seat dengan chinese lady dengan anak dia… takpelah…

 

 

Turun saja dari keretapi, terus masukkan dalam stroller. Bukan susah sangat nak bela anak kan? Haha…. gurau je…. kang ada yang sentap pulak :p. Tergerak pula hati kami nak bergambor dengan si ular kuning. Cantik ularnya. Ini kali kedua saya dan encik hasben bergambor dengan ular. Fuhhh… tak sangka akan berulang kembali setelah beranak lima. First time aritu masa baru² kawin masa jalan² di Perlis. Tapi yg itu ular sawa batik!

usha-usha dulu...

 

rita rudaini zoo taiping

Sempat saya snap gambar Rita Rudaini dan anaknya posing dgn ular dari galeri gambar yang dipampang di situ, buat pelaris kan… Femes juga Zoo Taiping ni ek… selebriti pun mai ;) Selain Rita, Lan Pet Pet pun ada tapi malas nak snap. kikiki….

 

bergambar dengan ular di zoo taiping

Happy Familyyyy... yeahh~

Berani pulak si Onie pegang muka ular tu. Comel katanye… hahahh! Zaid pula asalnya duduk atas riba saya, bila orang tu letak je ular kat bahu, terus dia terlompat menyelit ke tengah² kami tu. *dlm pic tu macam tak percaya je saya pegang ular tu :p

Ekor ular tu pula asalnya atas handle stroller tu. Tiba² gedebubbbb jatuh atas kaki saya. Maunye tak menjerit saya. Dahlah ramai orang masa tu. Tengok muka cover cuak tu… haha~ Si Abang Kasyah memang failed teruslah. Tak mau dia dekat degan ular tu. Tapi cameraman tu memang expert tangkap gambar. Semua boleh masuk ;)

Habis kisah bergambar dengan ular, cari aiskrim pula buat penghilang dahaga. Hilang ke dahaga? Bolehlah…. dan cari sedikit cenderahati, juga hadiah untuk Kakak beri pada guru kelasnya sempena hari lahir.

Kesimpulannya, anak² memang enjoy perjalanan ni. Performance mereka juga baik, tak ada yang menangis², meragam² bagai.

zaid dan kolam ikan

 

ikan koi - geram tengok... besar-besar, gemuk-gemuk !

 

cik Onie

 

Test power zoom kamera kat sang gajah ni. Boleh tahan jugak gambarnya, elok je tak pecah². Jauh tau gajah ni. Saya pakai 4x zoom tak silap. Sayam kamu Olympus :x

 

pose sebelum nak balik

 

Habis kisah zoo, kami pun cadang nak balik rumah jelah. Hari pun dah panas. On the way tu, ingat nak singgah McD, tapi tersilap jalan pula. Sudahnya, Pizza Hut jadi sasaran. Syukurrr rezeki juga tu kan. Lagipun lama juga kami tak ke situ, sampai salah sorang pekerjanya pun tegur saya, katanya lama tak nampak kami. Dia minat sangat dengan si Onie. Muka kami ni memang dah kenal sangatlah… ;)

Pizza Hut dan Zoo Taiping, silalah lamar kami jadi duta… hohoho :p

Dan petang itulah yang kecoh gempa bumi di Acheh tu. Syukurlah tak apa-apa kan… Kami pun dah selamat tiba di rumah. Tengah duduk atas kerusi ‘opis’ tulah tiba² terasa bergoyang-goyang. Ingatkan ada yang ‘mengusik’ ke, anak saya mengacau ke… nak kata pening kepala tak pula. Begitulah…. tak semua yang dapat rasa kesan gempa tu kan?

Dengan ini, terjawablah sudah teka-teki bergambar tempoh hari… :) Ramai juga yang meneka Zoo Negara. Adik beradik le tu…

p.s: Tahniah Zie Fauzi, jawapan paling cepat dan tepat. Ate, nak ke keychain tu? Kalau tak nak, saya letak banner atau RSS Feed  di sidebar selama seminggu…

Incoming search terms:

33 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *