Ke manakah saya dan blog ‘menghilang’ ?

Salam bahagia semua ! Wahhh dah rindu gitu . Padahal baruuu dua hari tak dapat bersiaran dek kerana masalah teknikal . Korang yang setia menerjah ke mari tentu tertanya-tanya kenapa blog ni TAK BOLEH DIAKSES kan ? Begini ceritanya ………………..

Blog ini pada asalnya dihostkan di hosting A (dirahsiakan atas sebab tertentu) . Erm , pada yang setia ikuti perkembangan Hanie dan blog ni , maybe akan tahu @ ingat hosting mana Hanie pakai pada asalnya . Tapi , dalam beberapa minggu ni hati ni rasa kuat sangat nak bertukar ke hosting lain . Erm , saya beli domain ummihanie.com ni di syarikat hosting lain ok … Hostkan domain tu pun di syarikat lain , Boleh je macam tu … pandai2 bajet la kan … hiksss~

Ok ok sambung balik cerita . So . 2 hari yang sudah , Hanie buat keputusan agaki drastik jugaklah dengan menukar hosting . Mana lagi kalau bukan di NEtKL tercayang …. hohohoho . Ini bukan entri nak mempromosi semata-mata yer . Tapi nak berkongsi cerita . SEBAB UTAMANYA ialah , hosting lama sangat kecil bandwith nya (memang beli ikut berapa besar bandwidth yg kita nak) , manakala NetKL ni jauh LEBIH BESAR bandwith yang disediakan walaupun pakej Basic RM60 tu . Rasanya lebih puas dan bebas nak upload segala macam plugin , imej dan sebagainya ! Sekarang ni blog ummihanie.com ni dah duduk sebumbung dengan blog diariniaga.com . InsyaAllah rasanya nanti semua blog @ website berhost sendiri ni nak dikumpulkan bawah satu bumbung yg sama . Senang pun senang … tak pening2 kepala . Kalau nak tambah database ke apa yang patut , just tambah sedikit bayaran . Janji ruangan bandwith BESAR PUNYA ! :)

Walauapapun , bukan niat Hanie nak buruk2kan hosting lama . Tidak …. No no no no no …. Servis kedua-dua hosting yang Hanie pakai ni sangat baik , cekap lagi efektif . Memang setanding wa cakap lu . Cuma , masanya sudah tiba untuk berhijrah …. kuikutkan saja kata hatiku ini …. ;)

Eh korang paham ke ape benda yang saya bebelkan ni ? Kalao tak paham , buat2 paham je lah yea … hihihi ;p

DAn dek kerana pening kepala sikit dalam proses pemindahan tu , Hanie terpaksa minta tolong pihak NetKL uruskan , kenalah bayar sedikit caj . Ok laa … berbaloi la … nak jimat masa dan …. rindu bebenor kat blog sendiri ! Hehehe ;p Dan seperti yang dijangka , tak sampai berapa jam pun , beberapa minit saja mungkin , blog ni dah kembali pulih dan dihostkan di hosting baru ….. Jangan segan-segan nak berurusan dengan NetKL tau ! :)

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *