Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Kasut raya – shopping online saja….

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Kasut raya – shopping online saja….

Biasanya saya akan alami sedikit masalah tatkala hendak memilih kasut di kedai kasut. Saya bukan jenis orang yang selalu beli kasut, apatah lagi spesis yang suka buat koleksi penuh satu gobok. Kasut dah rabak, barulah cari yang lain…

Kasut bertumit  @ heels juga bukan pilihan hati saya. Lagipun ianya tidak elok untuk kesihatan. Dan ketika di kedai kasut, saya agak susah hendak memilih kasut yang benar-benar berkenan di hati ni. Paling tak best bercampur frust apabila dah pilih kasut lama², sudahnya keluar dari kedai kasut dengan tangan kosong….

Akhirnya ketemu dengan solusi dalam pembelian kasut. Why not try shopping online pula? Saya aim kedai kasut Bata online… sebab mereka ada tawarkan kasut jenis selesa, atau Bata Comfit nama diberi.

Yesss….. setelah 2 hari memilih, akhirnya jerat pun mengena…. Senang sungguh bershopping dalam talian (online) ni… tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai, banyak pilihan dan menjimatkan tenaga serta duit minyak kereta :p.

Tapi, pastikan anda sudah ada akaun bank yang sudah diaktifkan untuk online shopping yer… Pilihan pembayaran di website Bata  ni pun banyak. Nak guna kad kredit boleh, kad debit pun boleh… saya pilih guna kad debit Maybank2u.

online shopping kasut raya

Nampak sudahh kasut² pilihan hati saya… berkenan jenis wedges niii… cube teka antara 2 kasut tu, yang mana berjaya memikat akaun bank saya? Hehe…. Dapat diskaun 10% lagi sementara promosi masih ada. Harga asal RM65.99 (opss.. pecah rahsie), lepas diskaun jadi RM59.40 sahaja. Dah lama kepingin nak beli kasut Bata Comfit ni, baru kali ini tertunai hasrat di hati… Sebabnya ada elemen keselesaan pada kasut itu.. nak test juga selesa mana kasut tu nanti…

Inilah pertama kalinya shopping kasut secara online. Baju, tudung, handbag tu dah biasa. Korang pula macammana? Mesti lagi expert bab² online shopping ni kan…

Kasut² raya anak² dah settle awal² lagi ketika encik hasben belum pegi outstation lagi. Cerita tentang kasut raya ni, terkenang nostalgia beli kasut raya zaman anak dara dulu. Siapa lagi kalau bukan abah saya yang bawakan ke kedai kasut… Terima kasih banyak Abah, belikan kasut raya tiap² tahun… Sekarang ni terima kasih cik abanglah pula ;)

 

Incoming search terms:

 

21 Responses

  1. titan says:

    tak shopping. pakai aje apa yang ada.

  2. ProfHariz says:

    Hariz bab2 pembelian online ni kurang sikit. Sebab takut sampai lain jadinya. Kalau tshirt okey :)

  3. iEyLa says:

    huwaaa…cantik!!!
    adik xbeli ape pon tuk raye lg nih..hukhuk
    selamat hari raye kakak cayunk!!!

    ppsstt: eyh..blog die kaler pepel..sukeee…

    • Ummi Hanie says:

      cntik kan deq…. tapi tak taulah yg real mmg cntik or not…

      laa… takkan tak shopping ape2 lg dear… takpelah, kalau brg tahun lepas masih elok, gunekan dulu tak salah…

      aahh… blog pepel pulak ;)

  4. tak pernah beli kasut online. takut susah nak cari saiz. Knur saiz 8/9.

  5. puanbee says:

    kasut tk berani nak beli online , saiz kaki bee tk sama dgn org lain hikss. lain sikit .. bee cari semua jenama pun belum tentu ada saiz

    • Ummi Hanie says:

      sebenornye kaki nis pun jenis besaor gak.. besor di depan… haaa… kite tgk le nnti boleh pakai ke idak kasut raya itew… verani tanggung risiko le kunun :p

      hmm, bee biasa pakai kasut jenama princess tak? tu byk kasut saiz2 besar

  6. beckhr00y says:

    beli online ni bagus kalau barang cepat sampai, kalau lambat mula lah pening

  7. Denaihati says:

    kalau beli/order online sekarang kena cepat2 sikit takut2 sampai lepas raya, hajat kasut baru dihari raya tak kesampaiaan. pos laju terima sampai 15Aug kalau tak silap, courrier lain tak pasti pulak.

  8. Ummi Hanie says:

    ai lef bata too… haha… kecik2 dulu mak belikan kasut bubble gummers, ingat lagi….

    aik takkan raya pakai selipar je kakngah? ;)

  9. akubiomed says:

    Kalau kasut saya tidak berani membeli secara online kerana perlu merasai keselesaan dan dapat membelek secra dekat kerana didalam gambar mungkin nampak berbeda dengah yang sebenar.

  10. puan kutu says:

    wah menarik nie,bley la usha2 raya haji nti.haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *