Kali pertama ke Secret Recipe

Salam muhibbah.

Merayu dengan cik abang nak jalan-jalan di AEON, akhirnya tertunai juga hasrat hati. Lama juga tak ke AEON. Apa yang best sangat tu yer?

Biasalah. AEON kan banyak kedai. Restoran makanan segera pun berjenis-jenis di situ. Sebut sahaja apa. KFC, McD, Pizza Hut, Kenny Roger’s Roasters, A&W, Big Apple Donuts, Sushi King, baaanyak lagi sampai pening kepala nak pilih. Last² saya pilih Secret Recipe. Terasa bagai digamit-gamit je gitu. Hihi… Tu pon lepas shopping Pretzel Aunty Anne’s dan donut Big Apple. Balas dendam nampak? Semua kau nak borong UmmiHanie :p

Seumur hidup ini first time kami ke Secret Recipe. Serius tak reti nak order apa. Punyalah banyak menu dalam katalog dia. Memang tau dah, selain kek, Secret recipe pun ada hidangkan makanan² lain seperti Spageti. So, kami pesan Spageti Bolognaise, kek 2 jenis (setiap satu jenis satu piece lah) dan ais krim. Itu sajok. Harga buleh tahan mak bedah oi. Haha…

20140315-001753.jpg

Salah satu daripada kek2 ni memang sedap, manakala yang satu lagi… Ok lahh…

20140315-001804.jpg

Aiskrim order 2 cawan. Sekejap je licin dikerjakan dek budak-budak tu.

Air minuman langsung tak order. Jimat kos katanya ^_^

Incoming search terms:

40 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *