Kakak dah habis IQRA’ … :)

Bismillahirrahmanirrahim .

Sebagai seorang ummi , melihat perkembangan yang baik pada diri anak-anak merupakan suatu kebanggaan dan kepuasan yang tidak terkata . Tiada ibubapa yang mahu melihat anak2 mereka terkandas dalam pelajaran . Pun begitu , agama harus , malah WAJIB dititikberatkan sedari kecil lagi . Bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya . Di zaman kanak-kanaklah ibubapa mesti mencorakkan anak2 mereka mengikut corak yang mereka sukai . Bagi kita ummat Islam , corak sunnah Rasulullah SAW adalah yang terbaik .

Panjang dan mendalam muqaddimahnya . Sebenarnya saya nak menceritakan tentang anakanda tersayang saya yang sulung , tiada lagi sulung daripadanya . Hehe . Nurul Hafizah nama diberi . Masa kecik2 dulu kami panggil dia Pijah . Lama kelamaan bila dah dapat adik (la ni dah ada 3 org adik) , saya dan hubby mula memanggilnya Kakak , pada asalnya saya nak call dia Kak Long tapi lidah ni lebih sedap dgn panggilan Kakak pula . Sesekala Fizah la .

Beberapa hari sudah (entri sedikit basi) , Kakak dah tamatkan bacaan Iqra’ nya bagi buku terakhir yakni Iqra’ 6 . Alhamdulillah , saya sendiri yang memantau dan mengajarnya bermula dari separuh buku Iqra’ 5 . Ustazah yang ajar Kakak mengaji ni bercuti (period) , alih2 tak inform saya pun bila nak start balik . So dari situlah saya start mengajar sendiri Kakak mengaji . Kebetulan time tu encik somi menggalakkan sesangat saya mengajar sendiri . Tup2 , awal bulan 12 aritu sang ustazah SMS saya mengatakan yg beliau dah tak mengajar mengaji lagi . Eh , macam tau2 pulak … Itulah , kita hanya merancang , Allah dah tentukan sejak awal lagi . Maka , dengan itu saya sahkan yang Kakak dah qualified untuk ‘naik’ Al – Quran . Alhamdulillah ! Setakat yang saya pantau , Kakak dah agak lancar membaca ayat2 yang sedikit panjang . Perlu diasah lagi dan lagi . Asalnya nak suruh ulang sikit Iqra’ tu di bahagian tertentu , tapi saya fikir2 balik , saya rasa Kakak boleh terus mengaji Al-Quran . InsyaAllah , setiap hari akan ada rutin bacaan Al-Quran kalau boleh satu mukasurat sehari . Kakak ni rajin orangnya . Tapi kalau saya tegur garang2 sikit , dia mudah menangis . Sensitifnya amat macam ummi dia gak . Hehehhh ..

Tambah bagus lagi kalau kita dapat ajar atau galakkan anak2 kita MENGHAFAZ al-Quran . Pssstt .. saya sendiri pernah disuruh menghafaz Quran , alhamdulillah walaupun tak complete 30 juzu’ , adalah jugak beberapa juz . Masa tu ikutkan kalau sekolah , darjah 4 tapi abah saya bukak kelas mengaji sendiri di belakang umah (upah sorang ustazah indon) . Agak2 , berapa juz saya dapat yer ? Rahsia la kot..takmau riak pulak kalau bagitau kan . FYI , di India/Pakistan , trend menghafal Quran dulu kemudian baru belajar akademik dah jadi perkara biasa . *Ini informasi dari rakan2/ahli keluarga yang pernah ke sana dan lihat suasana ini *. Dalam umur lingkungan 5-7 tahun , parents di sana akan menggalakkan anak2 mereka menghafaz Al-Quran dulu sampai tamat , kemudian baru sambung belajar pengajian akademik macam biasa . Hasilnya , lahirlah doktor2 , engineer2, arkitek2 yg hafiz/hafizah al-Quran . Hebat bukan ? Di sana , suasana sebegitu dah lama wujud , jadi tiada lagi masalah skeptik . Di sini , kita masih skeptik lagi dgn suasana sebegitu . Kita masih takut anak2 kita tak dapat cari makan bila dah besar nanti dgn hanya menghafal al quran dan menjadi pak ustaz sahaja . Janganlah macam tu . Apa , jadi ustaz /ustazah tu takde kelas ker ?? Melihat kepada contoh anak2 di sana tadi , membuktikan bahawa dengan mengutamakan Al Quran , ilmu duniawi akan mudah dipelajari/ditakluki kerana perkataan Allah dah hampir sebati dalam diri , makanya nusrah Allah akan datang .

Antara Hadith Nabi yang memperkatakan kelebihan Al-Quran:

1. Hadith riwayat Al-Bukhari‘Yang paling baik antara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya’.

2. Hadith riwayat Muslim‘Orang yang mahir dalam bidang Al-Quran, maka ia bersama para nabi dan syuhada’. Ada pun orang yang membaca dengan gagap (tidak mahir) namun hatinya tertambat kepada Al-Quran, maka ia memperolehi dua pahala’.

3. Hadith riwayat At-Tirmizi‘Yang paling mulia di antara umatku adalah orang yang menghafal Al-Quran’.

4. Hadith riwayat At-Tirmizi‘Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya kelak di hari Akhirat’.

5. Hadith Muttafaqun A’laihi‘Perumpamaan orang yang membaca Al-Quran itu bagaikan pohon utruj, harum baunya dan lazat rasanya’.

‘Sesungguhnya Al-Quran itu jamuan Allah, maka pelajarilah jamuannya itu sesuai dengan kemampuanmu’.

* Dipetik dari website ini .. syukran jazilan :)

Opsss…panjang lebar pulak menceceh kali ni . Maafin ya  .. haha .

p/s : jangan sesekali menidakkan ilmu agama/ukhrawi dalam diri anak2 maupun diri sendiri …

Incoming search terms:

69 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *