Jom makan jamu

by Ummi Hanie on January 14, 2012

in Umum

Biasa  makan jamu tak korang ? Bukan jamuan tau , tapi jamu … Ubat²an diperbuat daripada herba tu … Iyelah , asalnya orang Indonesia kan yang perkenalkan jamu ni kan … ;)

Haaa … biasa kan tengok penjual jamu begini ?

Ini takrif jamu oleh wikipedia indonesia ;

Jamu adalah sebutan untuk obat tradisional dari Indonesia. Belakangan populer dengan sebutan herba atau herbal.

Jamu dibuat dari bahan-bahan alami, berupa bagian dari tumbuhan seperti rimpang (akar-akaran), daun-daunan dan kulit batang, buah. Ada juga menggunakan bahan dari tubuh hewan, seperti empedu kambing atau tangkur buaya.

Jamu biasanya terasa pahit sehingga perlu ditambah madu sebagai pemanis agar rasanya lebih dapat ditoleransi peminumnya.

 

Saya ? Saya makan jamu untuk kesihatan dalaman badan terutama selepas bersalin ni. Baki jamu untuk dimakan ketika berpantang pun masih banyaaaaak lagi sebab total semuanya ada 528 biji  ! Banyak nye amat,kan? Jamu dalam set bersalin Afiat. Dah habis berpantang pun,tak ada masalah untuk makan jamu ni… eloklah diteruskan dan dijadikan amalan harian. Cuma,untuk ibu² breatfeeding ni kena kurangkan sikit dos pengambilannya sebab takut baby ‘kepanasan’ dan timbul ruam² badan pula.

Sebelum ni saya biasa ambil set bersalin Mustika Ratu , kali ni nak mencuba Afiat pula.

 

Entah berapa bulan lagi gamaknya baru habis sebotol jamu ni … tak apalah,save sikit duit! ;)

 

inilah close-up sikit rupa biji² jamu tu … satu dos 4 biji sebanyak 3 kali sehari yer … tapi saya pandai²lah kurangkan sikit dos itew …

Rasanya taklah pahit . (langsung tak pahit barangkali!) Dan ada sedikit rasa manis² pedas. Macam makjun pula ~

Antara khasiat/kebaikan makan jamu ialah ;

  • Melancarkan perjalanan darah
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Menyegarkan badan yang letih lesu
  • Membuang angin dalam badan
  • Melangsingkan badan
  • Membuang air berlebihan di dalam badan
  • Melegakan keputihan
  • Melancar kitaran haid

Korang ibu² ni jom le share apa yg korang makan selain jamu yer ~

Incoming search terms:

{ 25 comments… read them below or add one }