Jerebu di Nibong Tebal, masih tahap OK

Syukur, keadaan jerebu di area Nibong Tebal ni masih bawah paras bahaya. Anak² masih bersekolah tanpa dicutikan. Tak tangkap gambar jerebu pun sebab memang kalau saya tangkap gambar, takde beza gambar berjerebu atau tidak. Hoho… joking ~

haze malaysia 2013

Ok ini gambar pinjam je dari pakcik Google yer…

Tapi saya perasan matahari selalu berwarna oren terang begitu ketika musim jerebu ni…

Walaupun jerebu tak berapa teruk, pemandangan alam tu tak ceria. Langsung tak nampak awan² yang cantik. Bukit-bukau pun ‘hilang’ buat sementara waktu ni. Suasana nampak berasap, tapi mujur tak ada bau asap. Saya tiap² hari menjemput anak balik dari tadika dengan berjalan kaki. Risau juga kesihatan diri dan ‘orang di dalam’. Tapi, redah je lah…

Tumpang simpati dengan nasib penduduk² di kawasan berjerebu teruk, sampai ke tahap darurat pun ada. Bersabarlah kalian ya… ada hikmah di sebalik semua ini.

Bila dah jadi, baru kita terasa nikmat yang hari² ada depan mata kita, kan? Nikmat menyedut udara yang bersih (walopun tak sebersih udara di kampung), nikmat pemandangan alam sekeliling yang mendamaikan,… dan banyak lagi sebenarnya nikmat yang kita tak perasan, apatah lagi syukuri. Ya Allah, ampunilah kami… Banyak dosa ni, tu sebab Allah datangkan sedikit ‘peringatan’ supaya hamba²Nya kembali mengingatiNya semula. #tazkirah

jerebu 2013

jaga kesihatan ya!

Pagi tadi, seolah mentari bersinar kembali. Cewahhh… hujan turun sedikit dengan harapan dapat mencuci jerebu. Tapi, sekejap je hujan turun selepas subuh tu. Dalam pukul 9 – 10 pagi macam tu, hujan lebat sedikit turun lagi. Bertambah lagi harapan jerebu hilang… Masa keluar ambil anak² sekolah, tengok jerebu masih ada lagi… Tiga kali saya keluar ambil anak² semasa ketiadaan suami ni sebab timing keluar mereka lain²

Sabtu ni sekolah anak² adakan sukan tahunan pula. Berbelah bagi hati ni nak biarkan mereka bersukan ataupun tidak. Dahlah abah depa tengah tak ada ni. Susah sikit nak handle ramai² pi tengok sukan nanti. Mungkin saya tak pi tengok kot… tolong hantar dan jemput balik je gamaknya. Tengoklah keadaan macammana nanti.

18 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *