Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

 

Segmen terjah menerjah blog oleh sifu terjah Ben Ashaari kembali lagi …. Ini juga kali kedua Hanie join Segmen Terjah Blog Kategori Ibu . [segmen terjah kali pertama di sini]

Cerita ringkas mengenai diri saya

Nama pena (nickname) blog saya ialah Ummi Hanie . Ummi tu sempena panggilan anak2 pada saya dan Hanie pula singkatan daripada nama asal . Macam nama glamer le gitu tapi saya tau , tak le glamer mana … ;p

Dilahirkan pada tahun 1984 , anak bongsu daripada 5 beradik . Berkahwin di usia muda dan kini sudah pun mempunyai 4 orang cahaya mata . Tidak bekerja , hanya seorang surirumah sepenuh masa dan dalam masa yg sama bercita-cita untuk jadi usahawan online yang berjaya , insyaAllah . Suami bekerja di IPTA dan seorang yang sangat supportive dalam apa jua yang saya lakukan , termasuklah berblog ;) .

Sangat minat mempelajari perkara-perkara baru dalam dunia blogging seperti design blog dan juga ilmu menjana pendapatan dari internet secara sah . Mula berkecimpung dalam dunia blogging sejak tahun 2008 , begitu juga dgn dunia perniagaan internet . Mempunyai beberapa buah blog tapi maintain jaga dalam 2-3 blog shj .

Kenangan manis sewaktu bergelar ibu

Saya bergelar ibu pada usia belasan tahun dan menatap wajah bayi sulung buat pertama kali adalah antara kenangan yang manis . Walaupun banyak perkara yang saya tidak tahu dalam hal penjagaan bayi , tetapi suami dan keluarga kedua-dua belah pihak banyak membantu dan ianya mematangkan diri saya dari semasa ke semasa .

Lebih manis lagi apabila bayi yg dilahirkan itu sangat comel (semua bayi comel di mata ibubapanya kan?) dan disukai ramai . Hilanglah segala perit menghamilkan , melahirkan dan membesarkan anak .

Kenangan pahit

Bercinta sebenarnya nak cerita benda2 pahit ni tapi dah Ben minta , ceritalah juga sedikit2 … ;) Salah satunya ialah apabila anak sulung yang baru dilahirkan tersebut terpaksa dimasukkan ke dalam wad NICU (wad ICU untuk bayi2 bermasalah dan pra-matang) . Sedih melihat tubuh kecil  bayi sendiri berselirat dengan wayar2 . Khabarnya ia terminum air ketuban , lalu menyebabkan paru-paru dijangkiti kuman serta kekuningan (bayi kuning – meningitis) . Oleh itu sistem pernafasan menjadi kurang stabil dan perlu dipantau sehingga normal . Dalam seminggu dua jugalah bertapa di wad NICU tu . Bila menatap wajah bayi yang terlantar di dalam katil wad , di bawah lampu ungu , tidak berbaju , hanya berlampin , hati begitu sayu … air mata ibu pun menitis ….

Kata-kata khas buat suami

Abang , terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjadi suami saya yang begitu supportive , memahami dan menyayangi sepenuh hati . Terlalu banyak jasa abang yang tak terungkap dek kata2 . Sepanjang usia perkahwinan yang hampir menjangkau usia 9 tahun ni , mungkin saya banyak mengguris hati abang . Maafkan saya . Dan terima kasih kerana menjadi abah yang baik dan sporting kepada anak2 kita …. (cukup2 dulu karang terlebih emo lak…;p)

Kata-kata nasihat buat anak-anakku dan anak-anak di luar sana

Wahai anak-anak , hargai dan kenangilah selalu jasa ibubapa mu . Kerana tiada apa yang kalian boleh balas di dunia ni melainkan dengan doa yang berpanjangan , amal2 soleh dan akhlak yang baik selama hidup di muka bumi ini . Janganlah sekali-kali menconteng arang ke muka ibubapamu , kerana tanpa mereka , tiadalah kalian pada hari ini . Jika kalian sudah berjaya kelak , janganlah lupakan ibubapa kalian … Bukan harta kekayaan yang dipinta tapi kasih sayang . Apabila ibubapamu sudah tua kelak , janganla lupa diri andai sudah berjaya . Janganlah hantar kami ke rumah2 orang tua …. kerana itu sungguh tidak patut dan sungguh2 tak mengenang jasa … Terus dan teruskan membuat kebaikan demi kebaikan , berjasalah kepada semua di muka bumi ini .

Harapan kepada anak

Tiada mana2 ibubapa yang tidak mahu lihat anak2 mereka berjaya . Sama jugalah dengan saya . Mahukan mereka berjaya dunia dan akhirat . Sama rata jika mampu . Dan janganlah lupakan ummi kalian ini (serta abah) di hari tua nanti … jangan biarkan kami kesepian .

Nasihat buat si gadis di luar sana

Wahai gadis-gadis di luar sana … jagalah nama baik keluarga . Jagalah tingkah laku dan akhlak . Usah mudah tergoda dengan godaan duniawi yang sementara …

Done …. Harap2 Ben terima entri ni sebab dah hujung2 baru perasan segmen ni  tutup tengah malam ….

 

25 Responses

  1. sitisifir10 says:

    Rajin betul pakcik Ben ye jelajah sana sini :) dan rajin pulak Hanie masuk sesi jelajah sana sini…k.pija skang ni semua scheduled jek

  2. bee kay says:

    salam nis, bagus nis join segmen nih tahu lah jugak serba sedikit :)

  3. nza says:

    siri 2 jelajah blog ibu ek???? patut la masa BW ada gak trbaca n3 camni….

  4. kakyong says:

    sempat ke nak join ni… mlm ni due date ya…

    mesti join.. dulu pun penah join yg sama mcm hanie… ;)

  5. Yati says:

    Suka baca pengalaman Hanie di atas. Umur berapa pun dirikan rumahtangga, membesar dan menjadi ibu secara automatik mematangkan seorang wanita kan.
    Thank you add banner kak Yati kat bloglist tu ya. Kak Yati pun add banner Hanie kat sudut Friends with Banner di blog. :)

  6. Ummi Hanie says:

    hi cik ayin…welkem2…:)

  7. singgah dari segmen BA.
    slmt bknalan.nice blog!^^
    yang pentingnya supportive husband kan.best!
    jemput ziarah blog http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/jelajah-blog-kategori-ibu.html

  8. Salam Ummi, semoga berjaya. Dapat tau sikit sebanyak kisah masa muda2 tu he he!

  9. Lulu Caldina says:

    Tahniah kerana menjadi seorang ibu…
    semoga memiliki anak yang soleh dan berjaya…

  10. kuman says:

    lama tak singgah sini… bz ebtul.. dah ler ada domain baru sekarang.. :D
    ni entry untuk en Ben ek… bagus bagus…. banyak kisah dikeluarkan.. :D

    kuman “kumanworks updated!!.” Entry

  11. syamila says:

    dh tutup la…tk sempat nak join…bz sesangat…huhuhu

  12. bee kay says:

    nis bee tag nis nih kalau rajin baca tag tu betul2 hee..

  13. Ummi Hanie says:

    mmg seronok ade ank ni..
    erm,dah nk mkn nasik minyak ke wadud?jgn lupe jmput taww… ;p

    eh sape kate xleh enjoy ade anak ? ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *