Jejak Kasih

Salam.
Ini bukan calang2 jejak kasih.
Cewah. Gimik ke apa. Tapi memang benar, ini ialah program realiti Jejak Kasih keluarga mertuaku.
Okay laa..  straight to the point.
Memandangkan adik2 ipar fomfuanku yang 2 org itu bakal melangsungkan pernikahan pada awal cuti sekolah ni, maka program Jejak Kasih telah diadakan oleh mertua saya, encik suami dan saya sendiri dalam 2 hari berturut2 (Sabtu dan Ahad) di samping misi menghantar kad jemputan kahwin. . .  Adeh panjangnya ayat, berbelit2. Sorry yer kengkawan. . .

Pada ari sabtu kami bergerak petang sedikit ke rumah2 sasaran yg berdekatan. Titi Serong, Nibong Tebal dan Sg. Bakap. FIL saya memang bertindak sebagai ‘orang tua’ yang menghubungkan balik silaturrahim antara sedara mara yg dah lama tak berjumpa, atau dlm erti kata lain hampir2 terputus hubungan. Gitulah jadinya bila orang2 tua dah tak ada, then takde sape pulak yg berusaha nak jejak2 balik sedara mara, akhirnya hubungan pun renggang. Generasi anak2 lagilah takyah cakap. Tak kenal langsung. Kalau berselisih bahu kat pasor malam ker gerenti tak kenal. Jeling2 aje gamaknyer. :)

Sambung lagi hari Ahad. Memang full day blast lah kata omputeh. Kami gerak dari pagi sampai malam. Kali ni area Penang Island pulok. Memang hampir kesemua umah yg kami terjah ni saya dan encik hubby tak penah jejak lagi. So, mertua sayalah yg main peranan jejak kasih balik sedara2 deme di sana walaupun tujuan asalnya nak ‘memanggil’. Istilah org Penang ni kalo ‘memanggil’ tu maknanya menjemput datang kenduri. Best jugak trip cenggini. Macam beraya pulak. Anggap jelah beraya… Sambil jejak kasih dan ‘memanggil’, dapat pulak mentekedarah. Hohoho. : D Sayang sikit kali ni sedara kami yg taukey restoran seafood tuh tak bukak kedai plak arini. Kalo idak dapatle kami mentekedarah seafood gituh. Rezeki.. InsyaAllah next time… bukan jauh mana pun. Dlm 30  minit jew dari umah kami. Selama ni kami round2 Penang masa hubby ade seminar kat hotel2 tu, tak tau plak ade ramai sedara mara keliling tu. Melilau je kami tanpa arah tujuan. Cewwahh… Makan pun kat gerai yg takde la sedap mana pun masakannya. Sedap lagi sedara hubbyku ni masak !

Ringkas citenyer kami tak dapat round abis semua umah waris yg ade di Penang tuh. Dapat 2 buah umah je, masa dah suntuk sebab mertuaku dan SILs dah nak balik semalam jugek. Ari ni kan sekolah. Sil yg sorang tu plak keje. Nak tak nak kena berangkat balik ke Malim Nawar semalam jugaklah. Mujurlah tak jauh sangat, pecut lelaju dlm sejam stengah sampaile. Hah ni tak abes citer lagi. Balimdari Penang Island tu FIL saya syor kami seberang jambatan naik feri. Nak tau sape yg paling jakun ? Sayalahhh..  ahahaha. Kali pertama sehhh seumo idup naik feri ! Korang gelakkanlah saya. Tak ape…

Wif my MIL :)

Ooopsie! Tudungku dikelepetkan dek angin sepoi2 bahase jawe… : p

my FIL wif bby Zaid stay je dlm kete.. tido dak kecik tuh

 

me wif bby Zaid n big bro Ukasyah.. blkg tu Masjid Terapung. Cantik !

encik hubby wif bby Zaid. pandai si kecik ni tgk kamera ! :)

mr.hubby wif Ukasyah yg dipaksa bgn tido utk tgk laut :)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Best jugakla jenjalan kali ni. Dapat gak aku mengeratkan lagi silaturrahim dgn mentuaku kan ? Kalau semua sekali dapat ikut lagi best tapi malangnya tak muat satu kereta. Kena pakai 2 kereta, renyah le pulok. Kak Long Fizah n Munirah tinggal bersama aunty2 depa, merangkap bakal2 pengantin… THANX A LOT yer adik-adik ipor, korang mmg terer jaga budak. Tabik ! Terharu pun ada sebab kome sikit pun tak merungut atau keberatan jaga anak2 Kak Yong nih. Yelah, pas ni kome dah jadi hak org, sesekala je nanti baru dapat berkumpul balik reramai.. Tak dapat dah nak tengok2kan anak2ku ini… :( However, Kak Yong doakan semoga kome bahagia dgn kehidupan baru selepas ni. Tak lama dah. Dok menghitung hari je ni. Rilek yer, jgn gabra bangat… The first step is the hardest step, rite ?

 

40 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *