Jangan biarkan tempat kediaman anda jadi tempat pembiakan nyamuk aedes

Salam wbt.,

Syukur kerana kita masih diberi nikmat kesihatan yang baik. Ramai di luar sana yang menderita sakit ringan mahupun berat.

Kesihatan juga berkaitan dengan kebersihan. Samada diri mahupun tempat kediaman. Apabila tempat kediaman kita tidak begitu bersih, maka banyak anasir penyakit akan datang menghampiri, antaranya penyakit denggi yang berpunca dari pembiakan nyamuk aedes. Jadi, kita perlu buat sedikit jadual pembersihan kediaman kita seperti seminggu sekali, dan sebagainya.

 

Baru² ini, Kementerian Kesihatan telah mewar²kan  127 kawasan di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sabah, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor yang telah diserang wabak denggi. Antara tempat² yang terlibat itu ialah;

 

Fasa 2 Taman Jati, Padang Terap dan Taman Bandar Baru PKNK, Kuala Muda di Kedah; Jalan Tepi Sungai, Kg Bercham, Pekan Razaki 2, Taman Cempaka, dan Taman Klebang Jaya di Perak; Pengkalang Quay di Pulau Pinang; Flat Taman Semarak dan Apartmen Desa Palma di Negeri Sembilan; Taman Sari di Kelantan; Taman Skuline Air Putih danTaman Tunas Jaya 1 di Pahang serta Taman Palm Height di Sabah.
Kawasan lain termasuk Taman Dato Senu, Laman Rimbunan Kepong, Taman Fadason, Kg Palimbayan Indah, Kuarters Bomba Desa Sri Hartamas, Taman Sri Sentosa, Kondo Bukit OUG, dan Taman Gembira C.

Sumber: Harian Metro online

 

Jom cegah sebelum terlambat! Kesian pada anak² di rumah kalau terkena demam denggi yang merbahaya ini. Jika terkena pada kita pun, agak menyukarkan keadaan juga, betul tak?

Syukur punya suami yang rajin membuat kerja² pembersihan rumah dengan begitu cekap dan efisien lantaran isteri yang tidak begitu kuat hendak membuat kerja² tersebut.

Info tambahan: MyDENGKit kesan Denggi dalam 4 jam.

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *