Jalankan ibadah Korban dengan eQurban

eQurban – Peneraju qurban dan aqiqah. Semuanya kini di hujung jari sahaja, asalkan ada kemahuan. Tiada alasan lagi untuk tidak turut serta dalam ibadah Qurban yang sangat besar pahalanya.

Hukum korban ialah Sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan. Namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar.

Binatang yang hendak dikorbankan mestilah mempunyai ciri-ciri tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak kurus. Binatang yang sah untuk dikorbankan adalah seperti berikut :

  1. Kambing biri-biri – berusia satu tahun dan ke atas.
  2. Kambing biasa –  berusia dua tahun dan ke atas.
  3. Unta – berusia lima tahun dan ke atas.
  4. Lembu atau kerbau – berusia dua tahun dan ke atas.

 

Usahasama Ternakan Lembu di Kemboja

Usahasama ternakan lembu antara Al Ansar Agro dan Koperasi Muslim Kemboja kini telah

menjadi kenyataan, syukur alhamdulillah atas usaha murni Hj. Khanafi.

 

Tujuan utama projek ini adalah untuk membantu ekonomi Umat Islam Kemboja yang

selama ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Sememangnya ramai NGO dan Individu

dari Malaysia yang datang ke Kemboja tetapi majoriti banyak memberi sumbangan terus

yang tidak mengerakkan ekonomi umat Islam.

 

Keutamaan berkorban di hari raya Aidiladha

Allah SWT berfirman ertinya :  “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut  : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Hubungi eQurban Resources Sdn. Bhd. di:

87A, Jalan 8/1, Seksyen 8
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8926 3575
Fax: 03-8926 3593

Marilah sama-sama kita menyertai eQurban. Semua info ada di laman web tersebut.

Hari raya Haji @ AIDILADHA bakal tiba tidak lama lagi. Inilah antara peluang terbaik untuk menjalankan ibadah korban.

Incoming search terms:

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *