Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Jalan jatuh

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Jalan jatuh

Salam Khamis. Selamat menjawab peperiksaan UPSR hari terakhir bagi semua calon yang terlibat. Ibu² bapa² tentu turut sama resah gelisah kan? Kami pun akan merasa pengalaman yang sama dalam 3 tahun lagi jika diizinkan Allah… :)

Update lagi tentang si kecik Huzaifah. Banyak sungguh perkembangannya sekarang ini. Rasanya baru saja 2 – 3 bulan pandai merangkak, sekarang ni dah jalan-jalan jatuh. Semakin hari sudah semakin stabil. Minggu lepas, baru dapat melangkah 2 – 3 tapak, jatuh. Minggu ini, dah lebih 10 tapak! Syabas anakku… Seronok tengok baby 10 bulan ni berjalan. Macam anak patung je.

merangkak…

taaatih… taatih… :)

 

Sebelum pandai menapak ni, Huzaifah dah pandai main “tepuk amai-amai”. Cumil sungguh tengok baby tepuk² tangan. Dah namanya baby, semuanya comel kan! Kemudian diajar main “cekup² udang” pula. Kome tau ke macammana? Macam genggam² tanganlah sambil nyanyi lagu “cekup² udang” tu…. mak saya ajar ;) Dalam masa yang sama, Huzaifah tepuk tangan sambil genggam² tangan.

Lepas tu, dia pandai main “cak²” pula. Kakaknya ajar, tutup muka dengan kain, kemudian buka semula kain tu dan cak! Ketawalah si baby itu… Bila dah berkali² diulang benda tu, dia pun pandai ambil kain, tutup mukanya sendiri, dan buka semula… Cheeky betul.

Seronok kan ada baby ni. Baby adalah penawar stress. Ni dah mula nak berjalan ni, kenalah rajin pakaikan kasut. Dah mula berlatih dah sikit².

 

bersama sepupunya yg cumil, Asma’ dan abg Zaid

 

posing dengan kopiah kait baru.. ada nama lagi ;)

 

bila “kembar” mandi bersama… pandai lak senyum tengok kamera tu ;)

 

 

Incoming search terms:

 

24 Responses

  1. iEyLa says:

    ayiddd!!! eyh silap komen plak..hahaha..
    muke huzaifah mcm muke kakak die la ummi..
    pape pon moga baby membesar dgn sehat…

    *main cekup2 udang tu cane ek ummi??ajar sket…hihi

    • Ummi Hanie says:

      adik ayid pun mcm ayid jer dik… hehe.. sume muke satu cop… hehe

      yup, muke bby ni paling iras muke kak long dier… mmg dia manje pun dgn kakaknye itew…

      thans dik… bby ni masalah kahak je lebih sikit…

      main cekup2 udang tu, kena dtg umah, baru leh ajar. hiksss~

  2. puanbee says:

    Heheh comel , saja je nis ni bg ai teringin wakakak .. ngidam anak acaner nak ubat eh ?

  3. Ummi Hanie says:

    berapa ramai dah anak buah lewisdotmy? ;)

  4. Fadzmie says:

    Kadang-kadang laju betul tengok budak-budak membesar. Tup, tup, eh, dah besar dah. Haha.

  5. hatiputera says:

    anak saya dah pandai pok amai-amai, dalam proses merangkak dan berdiri. Kat walker dah tak boleh duduk kerana akan dipanjatnya.hehe

  6. zura@iwan says:

    cepat yer bb akak dh nk bljr jln….

    bb sy….dh nk masuk 11 bln, skrg mmg duk meniti kat sofa or dinding..mgatur langkah…..hihi

  7. akubiomed says:

    Wah sudah mula gila berjalan. Penatlah umi nya nanti. :-)

  8. Denaihati says:

    sikit lagi dah boleh pijak tanah pulak…

  9. syamila says:

    tk sabar pula tunggu husna nak mula menapak cam Huzaifah… ;-)

  10. nza says:

    cpt jugak si bam2 ni menapak ye….Syabas…
    Anak2 akak 4 org brjln seawal 9-10 bln, cuma angah yg lmbat sikit….

  11. nurmisnan says:

    suka tgk bila anak dah mula nak tiarap + merangkak + bertatih
    seronok habis…

  12. puan kutu says:

    mmg baby apa buat pun mesti comel.lg2 baby tembam macam huzaifah nie..kira cpt gak la berjalan 10 bulan.anak sedara kutu 8bulan duduk pun tak boleh lg..tp dh pandai main tepuk amai2 n cak cekak udang gamit macam huzaifah..kutu pun dh tak sabo nak ada baby.doakan selamat semuanya ye..:)

    • Ummi Hanie says:

      aah mmg cepat jalannye kutu… tak puas rase tgk huzaifah merangkak2, dah berjalan … tp serius kiut tahap gaban mcm anak patung berjalan jer :p

      sabo yer…. saat itu dah tak lama… kutu akan menimang bby baru. bestnyer :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *