Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Jalan-jalan Sabah – Day 2

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Jalan-jalan Sabah – Day 2

kinabalu pine resort

Aishh tak update lagi diari jalan²ku a.k.a Travelog Ummi Hanie ke Sabah pada penghujung April ’13 yang lalu (nak dekat cuti hari Buruh 1 Mei). Sebelum tu, saya ada terbitkan entri barang yang nak dicari di Sabah sebagai hint kat korang.

Sabah tu besar kan.. destinasi kami kali ini adalah Kota Kinabalu. Suami dah siap² booking homestay di Cyber City. Ingatkan rumah atas tanah, rupa²nya apartmen comel tingkat dua… lengkaplah semua perabot dan barangan elektrik asas. Nama pun homestay kan… Jadi hari pertama tu kiranya hari perjalanan sajalah, menaiki Air Asia seperti biasa, tiket promosi :) Tak ke mana sangat hari pertama ni, just malam tu keluar makan malam sahaja…

Inilah percutian bajet kali kedua kami bersama Air Asia untuk tahun 2013 ni selepas percutian bajet ke Langkawi pada bulan Januari ’13 yang lalu.

 

Jadi hari kedua tu, seawal jam 5 pagi begitu, kami dah gerak menghala ke gunung Kinabalu. Orang kata, kalau dah sampai Sabah, tak pegi gunung kinabalu, tak sah. Di Sabah, Subuh awal sikit ye, jam 4.40 pagi lebih kurang masa tu. Pukul 6 pagi tu, langit dah cerah macam pukul 7 – 8 pagi di Semenanjung. Best juga jalan awal² pagi ni, tak panas. Anak² pun tidur lagi dalam kereta.

Pergi ke gunung kinabalu ni, kami terikut jalan yang jauh sikit. Ada dua jalan yang kami tahu, tapi entah macammana terambil yang jauh. Balik tu, kami ambil jalan yang dekat sikit. Tahu² sajalah jalannya macammana, 2 -3 kali ganda lebih berpusing² berbanding jalan nak ke Cameron Highlands tu. Pening juga makcik :p Tapi mujurlah hari masih pagi, so masih boleh tahanlah. Dalam masa 2 jam lebih barulah kami sampai ke kaki gunung Kinabalu yang legend itu…

Cyber city – Penampang – Tambunan – Ranau – Kinabalu Park – Kundasang – Tamparuli – Tuaran – Tanjung Lipat – Filipino Market. Inilah laluan kami pergi dan balik… menarik sekali. Kereta sewa kami proton Waja auto dengan bayaran sebanyak RM120 sehari. Syukur keretanya tak bermasalah sepanjang penyewaan.

 

jalan jalan sabah

Cantik pemandangan di sini… feeling macam di luar negara ~ :)

alahai… masih berbaju tidur lagi anak terunaku… :p maklumlah tengah tidur dikejut naik kereta…

 

 

finally here we are… kaki gunung Kinabalu @ Kinabalu Park !

dalam kompleks di Kinabalu Park… si cilik bermain gamelan :)

 

Memang sangat menarik journey kali ini. Dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah SWT, release tension dan dapat pengalaman baru bersama² famili tercinta.

Sebelum balik ke homestay, hubby kesian kat anak² tak dapat mandi kolam macam biasa, so kami berhenti di Tanjung Lipat. Tapi, hari dah nak hujan, so dapat mandi sekejap sahaja… Jadilah… si anak teruna dapat ‘hadiah’ pula. Diserang kawanan semut di bawah pokok tempat dia bersalin baju. Kesian…

Selepas mandi manda tu, kami sempat pegi ke hot spot di Kota Kinabalu ni. Syurga barangan kraftangan dan syurga makanan di satu tempat. Tapi kami shopping barangan kraftangan saja di Pasar Sinsuran Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Filipino Market (Pasar Filipina).  Kidnap sikit pics dari blog bro syahrilkadir… Saya tak sempat nak snap gambar sebab agak rushing. Sempatlah merembat gelang mutiara sabah + kristal, handbag buatan tangan, keychain dan lain² kraftangan lagi sebagai ole² untuk famili di semenanjung…

 

 

Semua kedai menjual barangan souvenir & kraftangan yang hampir sama… pilih saja mana² kedai. Tokey kedai yang mana panggil² saya tu, saya tuju ke kedai mereka. Haha.. Sekejap je berabis beberapa keping not RM50 di situ…. waaa~ Masuk tempat ni memang saya dah set nak beli apa dalam kepala, so tak melilau lama² dalam tu. Lagipun hubby tunggu dalam kereta, kesian lak kan. Sempat juga masuk ke pasar makanan ala² pasar malam di sebelah tu. Ya ampunnn… telan² air liur dibuatnya. Saya cuma beli keropok lekor dan air sahaja…. kebanyakan makanan di situ ialah  makanan tempatan, so tak berapa familiar. Nak kena ada orang local bawakan dan introduce ;)

Next journey… kami ke rumah sahabat encik hubby, makan malam di situ. Dan berakhirlah episod jalan-jalan Sabah kami untuk hari kedua… Trip kali ni agak singkat. Esoknya dah nak balik. Tu pun syukur sebab flight delay sikit ke sebelah petang. Kalau tak, pagi² dah kena balik.

p.s: story mory Langkawi tak habih lagi sebenarnya ni, skip kejap story Sabah bah ~

 

38 Responses

  1. Kujie says:

    kak jie pun ada gambar kat depan signboard kinabalu pine resort tu..dok semalam.
    kak jie pi sampai Ranau je kendian pi Pulau Manukan.

    pasar memborong tu wajib lah.. hehehe

    • Ummi Hanie says:

      sama kite ye kjie… wah syiok tu merasa bermalam di situ

      kami x sempat pi Pulau Manukan… lgpun bawak anak kecik2… x berapa sesuai kot..

      ye, pasar mmborong itu WAJIBBB ;)

  2. PerenLee says:

    Sabah negeri ku..I love Sabah..hehe

  3. sop says:

    lama x gi Sabah
    teringin nak panjat gunung Kinabalu… huhuh

  4. Anuar says:

    Bestnya dapat bawa keluarga pergi jalan-jalan ke Sabah… Sabah antara destinasi percutian yang menarik dalam Malaysia.. memang seronok dapat peluang bercuti ke sana…

  5. akubiomed says:

    Rindu dengan suasana di Sabah. Saya pernah bertugas di KK beberapa tahun dahulu.

  6. zie fauzi says:

    bestnya dapat jejakkan kaki ke sana…. Bila la dapat pergi sana….. Huhu…

  7. sweetkurma says:

    wahhhh meriah betul percutian bersama anak2 kecil kannnn

  8. ProfHariz says:

    Saya teringin nak ke sabah iaitu semporna :)

  9. Norfanil says:

    rindunya nak pergi sabah.. bulan 2 harituh pergi.. rasa nak pergi lagi..
    tapi kalini pasti dah kene backpack sendiri

  10. saya dah sampai ke sabah..bulan 3 hari tuu.. di KK.. menginap di promenade hotel…

    banyak tempat menarik boleh pergi ke sabah ni..tapi saya shopping mutiara je kat sana…

  11. suri says:

    sabah..sarawak salah satu syurga mutiara ..

  12. syamila says:

    seronoknya…entah bila baru sampai ke sabah / sarawak…semenanjung pun belum habis terokai…. ;-)

  13. eyriqazz says:

    Huhuhuhu, tahun ni tak terjah sabah lagi…destinasi wajib setiap tahun

  14. Juan says:

    jalan jalan macam ni bagus, bawa anak kenal dunia dan belajar sesuatu yang baru

  15. suriaamanda says:

    lama x jejak ke sana…bestnya..terus terasa nak pi lagi…Air Asia tgh promosi kan…

    • Ummi Hanie says:

      penah pegi ye SA…

      tgh promosi ye airasia? sy pun tak perasan.. tp hubby takmau beli tiket lg buat masa skrg ni sbb nk tunggu bby baru keluar dulu ;)

  16. suri says:

    sala..saya tak pernah sampai ke sana lagi alahai..best tgok org ke sana…sy mmpi dalam mimpi sahaja..eh ada buah tangan untuk saya tak? yang kecil2 jadilah heee

    • Ummi Hanie says:

      hehe suri… insyaAllah ada rezeki nnti sampailah ke sana ye..

      buah tgn yer? jap sy selongkar2 semula laci meja semua ;)

      kalau FM sarawak, penang hari tu ada lagi… opsss… x umum lg pasal tu.. adusss

  17. Denaihati says:

    puas hati ni dan berbaloi. walapun sekejap, banyak tempat sampai.

  18. ohcikgu says:

    wah, mesti semua naik kapal terbang ni.

  19. harap2 dapat bwak isteri pergi jugak kat sini nanti huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *