Jalan-jalan Johor-Singapura-Melaka

Jalan-jalan Johor-Singapura-Melaka

Kita sambung semula kesah jalan-jalan semasa minggu pertama Syawal ya… Nak jadi cerita, dua hari kami bersiar-siar di Melaka tetapi bukan berturut-turut harinya. Selang satu hari sajalah… Hari pertama bersiar-siar di Melaka River Cruise sahaja, hari kedua tu selepas selesai urusan nikah dan kenduri kahwin sepupu encik hubby di Labis, Johor.

pelamin

pelamin pengantin…

candid aksi anak2 ‘kembar’ ni sementara tunggu pengantin bernikah..

Cerita satu persatu dulu. Malam lepas attend majlis nikah, kami bermalam di balai islam berhampiran rumah pengantin. Alamakkk… dua² baby meragam lain macam pulak. Saya syak sebab lokasinye lah… Alhamdulillah meragamnya tak berlarutan terlalu lama. encik hubby pandai mengawal. 

pengantin lama beranak lima bersanding atas pelamin baru…

Dari Labis, kami shoot terus ke Singapura untuk berjumpa dengan nenek dan makcik pakcik di sana. Emak abah dan abang² saya pun ada beraya di sana, makanya reunion sekejaplah. Kami plan nak balik hari saja, tak tidur di sana sebab ada bawa adik² ipar sekali. Rumah makcik pun dah penuh. Kami buat keputusan untuk balik malam itu juga. Kemungkinan besar singgah tidur di Melaka dulu.

Petang itu, minta sepupu saya bawa kami bersiar-siar pulau Singapura. Kami sebenarnya teringin nak terjah Universal Studio Singapore, tapi sepupu saya cakap tiket agak mahal kalau tak booking awal² dari ejen. Dan queue untuk beli tiket juga agak panjang, tambah² musim cuti ni. So, kami pun terpaksalah batalkan niat suci itu buat sementara waktu… Belum ada rezekilah nampaknya… Kalau nak jalan ke USS tu, kena sediakan satu hari khas dan dah booking tiket awal.

Kami pun bersiar-siarlah sekitar Marine Parade East Coast iaitu tepian pantai sebelah timur Singapura. Sekadar ambil angin saja… 

encik hubby mendukung baby Huzaifah sambil bersembang-sembang dgn sepupu saya topik perkahwinan… ahakss… x delah… tu nampak laut di belakang

 

candid gambo anak dara ni

 

dia cuba nak lari bila gambarnya dicandid, tapi tak sempat…. hehe

 

Wokeyyy…. puas dah jalan² ambik angin laut Singapura, kami pun nak teruskan perjalanan ataupun balik semula ke rumah makcik. Beberapa minit je masuk kereta, terus saya diserang kesejukan yang teramat sangat sampai nak menggigil rasanya. Sah terkena demam dah ni! Tapi saya tak bagitau hubby pun. Saya tahankan je sorang². Sepupu pula dok bawa kami round² lagi ke Changi Airport tengok kapal terbang dari jarak dekat. Adoiiii…. sungguh takde mood, tapi kugagahkan jua diri ini. Dah tengah² perjalanan tu, saya bersuara jugaklah nak terus balik rumah makcik. Dengan tersilap jalan lagi, tahan jelah sejukkk….

Sampai je rumah, terus saya minta mak/makcik saya Panadol sebab saya tertinggal pula kapsul Habbatus Sauda di rumah. Lepas tu, nenek picit²kan sikit badan saya dan saya pun berehat sekejap dan cuba lelapkan mata sambil berselubung dalam selimut. Alhamdulillah, demam kebah tak lama kemudian. Hajat asal nak attend open house rumah pakcik terpaksa dibatalkan sebab kepala saya masih pening². Lepas Maghrib, kami beredar meninggalkan Singapura. Jalan sedikit sesak di causeway (tempat cop passport). Banyak kereta nak masuk Malaysia juga malam tu.

Encik hubby kata ada kemungkinan nak balik terus ke rumah mertua di Malim Nawar, Perak tapi saya suggest kami bermalam dulu di Melaka sebab ada task penting yang perlu disiapkan segera berkaitan blog jugalah ;). Percaya tak saya berjaya siapkan di mana? Di food court Mydin Melaka…. hihihihi. Tapi legalah juga sebab dapat bermalam di Melaka dulu, sihatlah sikit badan ni. Hubby pun ada co-driver, iaitu adik ipar ;).

Lepas selesai submit kerja saya tu, barulah senang hati nak berlegar-legar di dalam Mydin Mall. Apa lagi…. shoppinggggg! ^-^ Kemudian terus lunch di situ juga. Nyum nyum… semua ambik menu sup. Saya punya je spesel sikittt… Sup Tulang… tapi berkongsi² dengan semua… :)

sup tulang

kelihatan menyelerakan sekali… ate, perut pun dah lapo… :-p

 

Selesai makan, kami balik rumah persinggahan dulu untuk solat Zohor-Asar secara Jama’ Qasar (solat Zohor dan Asar yang dihimpun dan diringkaskan khas untuk musafir). Kemudian, lepas Asar, kami sambung jalan-jalan lagi. Bestnya satu hari diperuntukkan khas untuk berjalan-jalan… tak selalu dapat begini kan… walaubagaimanapun, hati ni tetap terkenangkan anakanda berdua yang ditinggalkan di kampung… Nanti belikan hadiah sikit untuk mereka.

Petang itu kami bersiar-siar naik bot menyusuri Tasek Keroh. Mula² tu cuak juga saya, almaklumlah, spesis penakut ayor… hohoho. Dah naik tu, bot dah berjalan, best pula ditiup angin sepoi² bahasa Jawa. Kalau tiap² petang begitu pun tak mengapa. Hilang stress… banyak cantikkk ~

 

 

Apa cerita kembara DH ke London dan Paris ?

 

nak berkayak pun boleh..

 

Selesai naik bot, kami ronda-ronda sikit sebelum menerjah zoo malam (night safari) di Zoo Melaka. Ini pertama kali dalam hidup kami datang zoo di malam hari. Saja nakkan pengalaman baru…. Memang gelap, tak nampak binatang sangat tapi tourist guide kami suluhkan torchlight BESAR punya untuk tengok haiwan-haiwan tu. Menarik juga. Kami naik keretapi macam biasalah…

[tiada gambar untuk night safari, nama pun malam, gelap… hehe]

Selesai cerita zoo malam, saya dan adik-adik ipar meronda kali kedua ke Mydin Mall… hohoho. Bestlah Mydin ni. Memang dekat di hati… ecewwahhh. Kali ni nak cari stok kuih raya lagi sikit untuk rumah kami dan hadiah ke mak mentua sikit…

Begitulah aktiviti kami sehari suntuk bercuti raya di Melaka. Kalau tak singgah tido malam sebelum tu, memang tak merasalah jalan-jalan puas sikit di Melaka.

 

Incoming search terms:

26 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *