Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Jadikan Aidilfitri Sebagai Memori Yang Terindah

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Jadikan Aidilfitri Sebagai Memori Yang Terindah

gambar aaron aziz dan family raya 2014

Salam readers,

Life ni hanya sementara, so go out there dan enjoy your life to the fullest. Yang UH maksudkan kat sini ialah bukan enjoy macam muda mudi enjoy tu tapi enjoy your life with your loved ones. So sempena raya Aidilfitri pada tahun ni, UH harapkan korang dapat create another memori yang terindah dan kenangan yang korang tak dapat lupakan. So apa antara tips-tips yang boleh jadikan hari raya korang ni fun giler. Hehehe.

 

EID MUBARAK FREE VECTOR

 

 

Pertama kali, kurangkan tidur pada hari raya pertama. Sebab pada hari pertama nilah yang korang kena bangun pagi pergi solat raya. Dan hari ni jugalah korang dapat makan di siang hari. Dah sebulan berpuasa tu, mesti korang rasa awkward dengan makan siang so kalau terlebih nanti korang akan sakit perut based kepada pengalaman UHbbbb sendiri, so take it slowly. Yang kedua lak, masa kat masjid nanti start lah bersalaman dengan orang lain, senyum sebab senyum tu sebahagian dari sedekah kan. So masa raya ni patutnya dijadikan sebagai hari yang happy sebab korang dah penat berpuasa selama sebulan, dan untuk meraikan kemenangan ibadah korang.

 

Lepas tu balik je rumah korang kena start bersalaman sesama family korang. Minta maaf atas kekurangan korang sebelum ni. Kalau ada budak kecik tu ikut korang la kalau nak bagi duit raya atau tak. Lepas tu start la pergi ziarah menziarahi family atau kawan punya rumah. Masa spend time di rumah orang tu, make sure yang korang respect diorang, kalau rasa diorang ramai guest korang boleh minta izin untuk gerak dulu, kalau rasa-rasa diorang nak korang stay lama so ikut lah kata tuan rumah unless korang ada plan nak pergi tempat lain. Pada masa ni lah kita kena jaga silaturrahim kita. Pada masa ni jugak lah korang boleh update semula apa yang jadi kat life korang and apa yang jadi kat life dia.

 

Image result for gambar hari raya

kredit wanista.com

 

 

Makan tu kalau boleh jangan sampai kenyang sebab banyak rumah yang korang nak singgah. Nanti tak pasal-pasal je setiap rumah korang pacak bendera dengan pinjam toilet tuan rumah. Hahaha. Tips seterusnya lak, walaupun korang jumpa orang yang tak kenal, korang terus salam dengan orang tu sebab kita sesama muslim bersaudara. Janganlah bersombong pada hari raya nanti sebab masa hari tu la juga kita akan dapat kawan baru kalau kita tak kedekut senyuman. Cari ramai kawan dan kurangkan musuh. Hari raya ni setahun sekali so spend time yang ada sebaik mungkin.

 

kredit sps.penang.gov.my

 

 

Tips seterusnya lak kurangkan mengumpat masa hari ni. Banyak sembang benda-benda positif yang boleh menambah ilmu ke, yang boleh tolong orang lain ke. And kalau ada tetamu yang datang ke rumah make sure hidangkan makanan untuk diorang. Sama juga ngan budak-budak datang beraya, sebelum korang bagi duit raya, korang pastikan diorang ni jamah walaupun sedikit. Sambil-sambil tu korang interview la diorang ni supaya korang kenal budak-budak ni nanti kalau kat luar. Kita nak buadak-budak respect kita daripada datang kat kita kalau nak duit. Earn their respect sebab diorang lah pewaris kepada generasi kita.

 

img

kredit groundedparents.com

 

Dan akhir sekali kalau rasa-rasa nak buat family happy bawak diorang pergi bercuti. Nak bercuti kat tempat yang kena naik kapal terbang pun boleh yang bawak kereta pun boleh janji ada tempat nak tidur. So aku cadangkan korang book hotel atau flight dengan gunakan web Traveloka atau apps diorang. Traveloka ni boleh diharap sebab dia akan bagi korang rate yang agak murah dengan pilihan yang variety. Reward your loved ones dengan bawak diorang pergi travel. Tak semestinya hari raya tak boleh pergi bercuti kan. The most important thing is spend time with your family. Raya sebulan so hari lain korang boleh pergi lawat kawan-kawan korang, Yang penting korang nak create unforgettable memories di Hari Raya Aidilfitri.

 

 

4 Responses

  1. akubiomed says:

    Ada beberapa waktu dapat jumpa mereka yang duduk jauh. Waktu kenduri kahwin, kematian dan Hari Raya.

  2. Ikhwan says:

    Salam aidilfitri dari saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *